top of page

Lebih RM2 bilion disalurkan untuk perkukuh ATM di Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 18
  • 1 min read


Kerajaan MADANI sudah memperuntukkan RM2.2 bilion kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan itu termasuk untuk penyelenggaraan, pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), kemudahan asas di kem sempadan, pembinaan tiga pos baharu, dan keperluan projek lain yang melibatkan tentera darat serta laut.


"Peruntukan itu, antaranya untuk Kem Paradise, Kem Lahad Datu, Kem Felda Sahabat Lahad Datu, dan Kem Lok Kawi, termasuklah membina klinik kesihatan dan klinik pergigian," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama warga Kem Paradise di Kota Belut pada Isnin.


Turut hadir adalah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat Left Jen Datuk Mohd Sofi Md Lepi, dan Panglima Divisyen Kelima Infantri Mej Jen Datuk Noorrul Azril Ariffin.


Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM500 secara sekali bayar kepada 20 pesakit kronik yang terdiri daripada anggota tentera serta ahli keluarga mereka.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page