top of page

Lebih banyak peruntukan diperlukan latihan pakar teknologi nuklear



Malaysia memerlukan lebih ramai pakar bagi mengendalikan tenaga nuklear pada masa hadapan.


Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata, pihaknya tidak menafikan tenaga nuklear antara salah satu tenaga boleh diperbaharui dan kerajaan dalam peringkat untuk meneroka teknologi baharu itu.


Bagaimanapun peruntukan lebih besar diperlukan untuk melatih bakat serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang tersebut.


"Walaupun MOSTI mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM195 juta kepada RM595 juta dalam Belanjawan 2025, namun penerokaan tenaga nuklear melibatkan kos tinggi, apatah lagi untuk tujuan komersial.

"Sekiranya kerajaan perlu membangunkan bakat atau R&D dalam bidang tenaga nuklear, kita perlukan bajet yang lebih dari apa yang ada sekarang," katanya dipetik pada sidang media di Dewan Rakyat pada Selasa.


Chang pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Isnin berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga negara pada masa depan dalam usaha mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.


Kemajuan tenaga nuklear kini menawarkan kestabilan dari segi kos operasi terutama dari segi harga bahan api selain reaktor moden juga menghasilkan sisa radioaktif lebih sedikit.


Reaktor Modular Kecil (SMR) contohnya dapat digunakan di kawasan di mana sumber tenaga konvensional tidak sesuai digunakan dari aspek aplikasi dan kos.


Sementara itu pada sidang medianya Chang berkata, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) kini mempunyai kira-kira 300 pegawai pakar dalam pembangunan teknologi nuklear.


Agensi itu telah berpengalaman mengendalikan penyelidikan Reaktor Triga Puspati (RTP) lebih dari 40 tahun.

"Mungkin lima hingga 10 tahun lagi untuk kita membangunkan lebih ramai bakat bukan sahaja ijazah bahkan sehingga ke peringkat PhD, kita masih perlu masa lagi," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page