top of page

Lebih banyak inisiatif bantu komuniti India akan diperkenal - Ramanan



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan melaksana lebih banyak inisiatif pada tahun ini dalam memperkukuhkan lagi ekonomi komuniti India.


Timbalan menterinya, Datuk Seri R Ramanan berkata usaha itu bagi membolehkan pembangunan ekonomi komuniti itu dilaksana seiring dengan proses pembangunan negara seperti mana dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.


"Perdana Menteri mendengar dan membaca setiap perkembangan berkaitan dengan hal ehwal komuniti India di negara ini dan menyarankan KUSKOP untuk mengusahakan lebih banyak lagi inisiatif untuk komuniti India.


"Pada masa sama, beliau (Anwar) juga menyatakan kepada saya untuk menggerakkan dan mengilhamkan lagi program yang dapat memberi manfaat (kepada komuniti India) melalui agensi kerajaan yang lain.


"Kerajaan MADANI di bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup komited dalam pegangannya untuk membela harapan dan nasib semua bangsa di negara ini termasuk masyarakat India," katanya dalam kenyataan sempena Tahun Baharu 2025.


Mengulas lanjut beliau berkata, komitmen Kerajaan MADANI dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti India di negara ini terserlah melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan pada tahun 2024.


Setakat ini tujuh inisiatif diumumkan KUSKOP memberikan impak yang cukup baik dan untuk tahun depan, proses penambahbaikan dan tambah nilai akan dilaksanakan sebelum diumumkan, yang pastinya memberi khabar gembira.


"Malah setiap kali KUSKOP melancarkan inisiatif baharu, beliau (Perdana Menteri) akan menghubungi saya untuk memastikan segala inisiatif mendahulukan sistem penyampaian, pemantauan dan perlaksanaan yang terbaik. Beliau cukup prihatin dengan 'keberhasilan' setiap inisiatif yang dilaksanakan," katanya.


Sepanjang 2024, Kerajaan MADANI telah memperuntukkan RM60 juta melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) bagi Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) dan SPUMI Goes Big, yang memberi manfaat kepada 2,370 usahawan dengan bantuan berjumlah RM57.977 juta, setakat 23 Disember lalu.


Selain itu, 3,285 usahawan wanita dibantu menerusi program Prosperity, Empowerment, and A New Normal (PENN) di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan peruntukkan RM30.34 juta, selain 451 usahawan India menerima manfaat menerusi program pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) dengan peruntukan RM50 juta, dengan RM40.39 juta telah disalurkan.


Bagi memperkasa syarikat kecil milikan komuniti India, KUSKOP melalui SME Corp melancarkan Program Business Accelerator (I-BAP) dengan peruntukan RM6 juta selain melancarkan program Empowering Indian Entrepreneur (EIP 2024) bagi memberi fokus kepada latihan keusahawanan, kecerdasan buatan (AI), kewangan dan media sosial.


Di peringkat koperasi, KUSKOP melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menganjurkan Persidangan Koperasi Komuniti India (PKKI) pada 13 Oktober, yang disertai 200 koperasi dengan geran sehingga RM30,000 bakal disalurkan kepada setiap koperasi yang layak tahun depan.


Selain itu menerusi inisiatif Vanakam MADANI, Ramanan berkata kerajaan menyalurkan bantuan kewangan kepada 90 rumah ibadat masyarakat India di seluruh negara dengan peruntukan berjumlah RM3.17 juta.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page