top of page

Lebih 30% pekerjaan bergantung AI, kerajaan latih skil tenaga kerja



Lebih 30 peratus pekerjaan di Malaysia akan dipengaruhi oleh kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh 10 tahun akan datang.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang pada satu acara di Putrajaya pada Selasa berkata, analisis terkini kerajaan menunjukkan sektor utama seperti pembuatan, perkhidmatan dan teknologi maklumat dijangka melalui transformasi signifikan susulan perkembangan AI.


Justeru jelasnya, tenaga kerja Malaysia perlu bersedia untuk berhadapan dengan perubahan tersebut iaitu proses latihan semula dan peningkatan kemahiran menjadi amat penting terutama dalam bidang teknologi dan teknikal, agar Malaysia dapat bersaing di peringkat global dan memenuhi keperluan industri yang terus berkembang.


"Statistik menunjukkan bahawa lebih 600,000 pekerja perlu menjalani latihan semula dalam tempoh tiga hingga lima tahun untuk kekal relevan dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif.


"Tambahan pula, menjelang 2030 negara diunjurkan memerlukan 500,000 pekerja mahir tambahan bagi memenuhi keperluan sektor teknologi dan teknikal. Angka-angka ini menunjukkan keperluan mendesak untuk membangunkan ekosistem latihan dan pensijilan yang efektif," katanya dipetik.


Lih Kang berkata begitu pada Majlis Pelancaran Pensijilan Pembangunan Profesional Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).


Sementara itu tambahnya, bagi memperkukuh daya saing negara dan memenuhi permintaan industri yang semakin berkembang kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi, MBOT telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Majlis Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal (TPDC).


Menerusi kerangka TPDC, latihan akan diberikan kepada pekerja bagi memastikan kemahiran yang diperoleh bersesuaian dengan keperluan industri global yang sentiasa berubah.


"Kerajaan sedang giat memastikan kursus dan latihan yang ditawarkan selaras dengan keperluan piawaian antarabangsa dan keperluan industri 4.0...


"ini termasuk kursus dalam bidang seperti keselamatan siber, pengurusan sistem pintar dan analitik data yang bukan sahaja diiktiraf oleh industri tempatan tetapi juga memenuhi piawaian profesional yang ditetapkan," kata Ahli Parlimen Tanjung Malim itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page