top of page

Lebih 2 ribu mangsa banjir disantuni Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN



Oleh: Noraini Nordin


(Sorotan khas Misi Banjir Wanita KEADILAN #Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN 2024)


Suara pagi memancar terik sewaktu Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN meninggalkan ibukota menuju ke utara tanahair.


Destinasi kami kali ini adalah ke negeri Perak Darul Ridzuan untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Teluk Intan dan Pasir Salak.


Barangan yang kami bawa kali ini ialah kit makanan kering, beras, kit wanita, kit ibadah untuk muslim serta pengurusan diri.


Kesemua barangan tersebut adalah daripada Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek serta sumbangan daripada pelbagai pihak yang peka terhadap mangsa-mangsa banjir.


Mohon sumbangan bantuan


Sejak Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN diaktifkan tiga minggu lalu, pelbagai pihak telah menghubungi kami untuk memohon sumbangan barangan keperluan yang bersesuaian .


Selain itu ada juga yang meminta bantuan untuk menolong membersihkan rumah warga emas serta orang kelainan upaya yang terkesan akibat banjir.


Sambil menyampaikan sumbangan, penulis menemubual mangsa-mangsa banjir yang masih lagi trauma dengan musibah yang melanda mereka.


Menghulurkan bantuan kepada Raayah Nordin yang terjejas banjir

Bagi Raayah Nordin, 67 tahun, kehadiran Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN yang menyantuni diri serta keluarganya menceriakan mereka.


"Bah yang melanda baru-baru ini menyebabkan kami sekeluarga ‘terkurung’ dalam rumah selama lima hari. Dalam cuaca sejuk dan tidak dapat keluar rumah memang bantuan amat diperlukan.


"Dengan adanya sumbangan daripada Wanita KEADILAN kami sangat gembira dan terharu," ujar Raayah yang ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Garam, Pasir Salak.


Turut meluahkan perasaan gembira menerima sumbangan daripada Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN ialah Azizah Ariffin , 49 tahun yang menetap di kampung yang sama.


"Saya merasa gembira kerana disantuni oleh Wanita KEADILAN. Ada juga yang perihatin dengan mangsa-mangsa banjir di kampung ini dan sanggup datang dari jauh menziarahi kami di sini," katanya yang menyara hidup dengan meniaga kuih apam balik di kawasan berhampiran.


Bantuan keperluan harian kepada Zakiah Amin (dalam kereta) yang kurang sihat

Kunjungan penulis dan Skuad juga turut menemui Zakiah Amin, 82 tahun, yang masih terpaksa menumpang di rumah anaknya di Ipoh akibat banjir.


"Barangan serta perabot saya habis rosak. Rumah saya masih belum dibersihkan dan masih tidak boleh lagi diduduki.


"Hari ini saya datang untuk meninjau keadaan rumah yang lebih seminggu ditinggalkan," ujarnya hiba.


Turut menerima sumbangan daripada Wanita KEADILAN hari ini ialah Zulkefli Dehri, 70 tahun dari Kampung Pasir Garam.


Aktiviti serahan tersusun


Sejumlah 150 pek barangan sumbangan misi banjir telah diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir termasuk yang diserahkan melalui pemimpin-pemimpin setempat di kawasan tersebut.


Walaupun berdepan dengan cuaca yang tidak menentu namun Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN terus bersemangat melaksanakan misi banjir tersebut ke serata negeri.


Segala aktiviti penyerahan sumbangan dilakukan secara tersusun yang membabitkan lebih 400 sukarelawan wanita KEADILAN seluruh negara.


Sementara itu, Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN yang digerakkan ke seluruh negara telah menyantuni lebih dua ribu mangsa-mangsa banjir khasnya di negeri-negeri terkesan termasuk untuk Terengganu, Kelantan dan Kedah.


Skuad Ihsan Madani ini bukan sahaja menyampaikan sumbangan tetapi juga membantu membuat kerja-kerja pembersihan di rumah-rumah mangsa yang memerlukan.


Wanita KEADILAN juga sentiasa siap siaga untuk membantu mangsa-mangsa banjir termasuk menghadapi bah gelombang kedua.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page