top of page

Lawatan Presiden RI bincang pelbagai isu, erat hubungan dua hala - Anwar



Lawatan kerja sehari Presiden Republik Indonesia (RI), Prabowo Subianto ke Malaysia hari ini mengeratkan lagi hubungan dua hala negara serumpun Melayu tersebut.


Menurut Perdana Menteri Malaysia, kehadiran Prabowo itu adalah yang pertama kali sejak beliau dilantik secara rasmi sebagai Presiden RI.


"Ini merupakan kunjungan pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden pada Oktober 2024.


Dalam satu jamuan makan tengah hari tertutup di Rumah Tangsi, kami sempat berbicara dan berdiskusi pelbagai perkara penting dalam mempererat hubungan bilateral kedua negara berjiran ini.


Antaranya terkait hal perbatasan, pengambilan tenaga kerja, kordinasi hal nelayan di kawasan pertikaian Selat Melaka, perdagangan, pelaburan, ekonomi, sosiobudaya, pertahanan dan keselamatan.


Ruang lingkup singkat dan bermakna ini kami manfaatkan sepenuhnya bagi terus mempereratkan hubungan erat yang terjalin selama ini," katanya dalam kenyataan di Facebook.


Anwar berharap sinergi pertemuan tersebut akan digunakan bagi meneroka peluang baharu untuk dimanfaatkan demi masa depan lebih baik untuk kedua-dua negara.


Sebelum ini, Presiden RI membatalkan lawatan ke Pulau Langkawi untuk bertemu Anwar berikutan dikatakan kurang sihat selepas kembali dari Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun dalam Kerjasama Ekonomi (D8) yang berlangsung dari 17 hingga 19 Disember di Mesir.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page