top of page

Lawatan PMX kukuhkan hubungan Malaysia - Pakistan dalam pelbagai bidang



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Sebagaimana semua lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) ke luar negara sebelum ini yang sentiasa membawa hasil pelaburan membanggakan untuk negara, lawatan ke Pakistan juga tidak terkecuali.


PMX kini berada di Pakistan sejak Rabu lalu untuk lawatan rasmi tiga hari ke negara tersebut.


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lawatan ke Pakistan berjaya meraih potensi perdagangan bernilai RM2.65 bilion untuk negara.


Selain itu, tambah Tengku Zafrul, Pakistan turut memberikan komitmen untuk meningkatkan import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan juga import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia serta oleokimia.


Hasilkan pelaburan


"Lawatan oleh Perdana Menteri juga menghasilkan komitmen pelaburan bernilai RM100 juta dalam sektor halal yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun," katanya pada sidang media pada akhir lawatan itu.


Beliau seterusnya berkata, kedua-dua negara akan mengadakan rundingan pada bulan depan mengenai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia-Pakistan (MPCEPA).


"Perjanjian MPCEPA sebenarnya telah lama berkuat kuasa iaitu sejak Januari 2008 dan kajian semula mengenainya dijangka selesai pada 2026," jelasnya.


Pelancaran rundingan kajian semula MPCEPA adalah supaya lebih banyak manfaat boleh diraih oleh Malaysia dan Pakistan melalui perjanjian perdagangan bebas (FTA) itu.


Tengku Zafrul berkata, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan membuka pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Karachi pada 15 Oktober ini.


Selepas mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Pakistan di Kediaman Rasmi Perdana Menteri Pakistan semalam, Matrade telah menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Perdagangan Pakistan (TDAP) yang disaksikan Anwar.


Sempena Lawatan Negara Perdana Menteri ke Pakistan, agensi di bawah MITI tidak ketinggalan menganjurkan Dialog Perniagaan Peringkat Tertinggi Malaysia-Pakistan yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri dan rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif.


Dialog perniagaan


Dialog perniagaan itu telah menarik penyertaan 67 syarikat dan tujuh persatuan perniagaan dari Pakistan serta Malaysia.


Sementara itu, sempena lawatan ke Pakistan Anwar dikurniakan anugerah awam tertinggi Pakistan, Nishan-e-Pakistan, oleh Presiden negara itu Asif Ali Zardari dalam satu majlis di Istana Presiden, Aiwan-e-Sadr.


"(Anugerah ini) merupakan pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan Pakistan atas kepimpinan Anwar dalam menggalakkan dan meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Pakistan," kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Mohammad Azhar Mazlan kepada media Malaysia.


Turut menghadiri majlis anugerah itu Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan anggota delegasi Malaysia yang lain.


______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page