top of page

Lawatan PM perkukuh hubungan dua hala, perdagangan UK-Malaysia



Lawatan kerja Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lima hari ke United Kingdom dijangka akan dapat memperkukuhkan hubungan dua hala dengan meneroka inisiatif baharu perdagangan dan pelaburan.


Perdana Menteri berkata pihaknya percaya lawatan itu juga akan memberikan nafas baharu kepada hubungan dua negara selepas Keir Starmer dilantik sebagai Perdana Menteri sejak Julai 2024.


"Tiba di London, United Kingdom (UK) bagi mengadakan lawatan kerja selama lima hari atas jemputan rakan sejawat, Keir Starmer.


"Lawatan ini dijangka akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dalam pelbagai bidang khususnya United Kingdom (UK) adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Eropah," kata beliau dalam hantaran di Facebook setelah tiba di London awal pagi ini.


Para delegasi disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Zakri Jaafar.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata jadual padat menanti beliau dan delegasi bagi memanfaatkan segala ruang yang ada dalam menerokai inisiatif-inisiatif baharu terkait bidang perdagangan dan pelaburan.


Kata beliau ia susulan penyertaan UK dalam Comprehensive and Progressive for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) selain sinergi sektor ekonomi, ASEAN, global dan situasi di Myanmar dan Palestin.


"Moga agenda, misi dan segala yang dirancang di United Kingdom ini akan dipermudahkan-Nya dan mendapat manfaat kepada rakyat dan juga negara, Insya-Allah," ujar Anwar.


Dalam pada itu, Perdana Menteri dijadual memulakan lawatannya dengan mengadakan pertemuan dengan Starmer pada Rabu di No. 10, Downing Street pada 1 tengah hari waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), lapor Bernama.


Anwar yang mewakili Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 dan Starmer mengetuai delegasi masing-masing pada mesyuarat berkenaan yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.


Perdana Menteri diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar.


Wisma Putra berkata pelbagai program yang komprehensif telah disusun sepanjang lawatan itu antaranya pertemuan bersama Lindsay Hoyle, Speaker of the House of Commons, mengetuai program-program perniagaan, menyampaikan syarahan khas di institusi terkemuka London School of Economics (LSE) dan bertemu dengan diaspora Malaysia.


Anwar turut dijadualkan menghadiri pelancaran produk oleh YTL Group UK hari ini.


UK merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia di Eropah dengan jumlah perdagangan kedua-dua negara adalah RM15.30 bilion (AS$3.34 bilion) sehingga November 2024.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page