top of page

Lawatan PM keluar negara pacu ekonomi, tingkat reputasi Malaysia



Oleh: Akmal Manaf


Lawatan kerja Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara untuk memacu ekonomi tempatan, ternyata memberikan impak positif kepada rakyat dan negara.


Setiausaha Politik PM, Datuk Ahmad Farhan Fauzi (gambar, kanan sekali) berkata, di sebalik kejayaan signifikan yang dicapai terdapat pihak yang terus iri hati dan menabur tuduhan dangkal kononnya lawatan berkenaan tidak membawa manfaat.


Katanya, sebarang tuduhan yang bertentangan dan cubaan untuk memutarbelitkan kejayaan lawatan tersebut adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.


"Hakikatnya, pelbagai pencapaian penting telah diperoleh termasuk memacu ekonomi negara, memperkukuh hubungan antarabangsa dan meningkatkan reputasi Malaysia di peringkat global.


"Pertama melibatkan kejayaan perdagangan, pelaburan dan koloborasi strategik. Hasil lawatan di Mesir, perdagangan dua hala meningkat 21.4 peratus atau bersamaan RM3 bilion.


"Pelancaran kilang pemasangan Proton di Giza pula dijangka menjana pendapatan RM570 juta dalam tiga tahun, di samping tambahan pendapatan sebanyak RM20 juta melalui jualan alat ganti bagi menyokong perkhidmatan.


"Selain itu, kerjasama pendidikan berjaya dibina antara Universiti Al-Azhar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)," maklum beliau menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.


Di Peru pula, Ahmad Farhan menjelaskan, penerokaan ekosistem halal di Amerika Latin telah diwujudkan melalui MoU antara Halal Development Corporation (HDC) dan Suruhanjaya Penggalakkan Eksport dan Pelancongan Peru (PROMPERU).


Ujarnya, kolaborasi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Inovasi Pertanian Negara Peru telah memperkukuh sektor pertanian, dengan perdagangan meningkat 49.1 peratus atau bersamaan RM1.58 bilion.


"Di Brazil, pelaburan luar pesisir Petronas bernilai AS$6 bilion manakala projek FPSO oleh Yinson Holding bernilai AS$5 bilion serta eksplorasi tenaga solar oleh TNB," katanya lagi.


Selain itu, hasil kepimpinan di persidangan antarabangsa seperti di APEC menyaksikan agenda Kecerdasan Buatan (AI), teknologi hijau, dan keselamatan siber diperkasakan.


Menurut Ahmad Farhan, Microsoft dan Google turut mengiktiraf dasar AI Malaysia sebagai komprehensif, dengan pelaburan pusat data yang bernilai AS$2 bilion.

"Untuk persidangan G20, Perdana Menteri telah menyatakan komitmen terhadap Agenda 2030 untuk mengurangkan kemiskinan global selain menyeru reformasi sistem kewangan dunia demi keadilan negara membangun.


"Dalam masa sama, Perdana Menteri tegas mempertahankan hak Palestin di Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh sekali gus menyeru sekatan senjata terhadap Israel.


"Perdana Menteri juga menuntut reformasi peranan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang seharusnya bersifat lebih inklusif kepada negara anggota lain serta menyingkirkan rejim Zionis Israel daripada PBB," jelas Ahmad Farhan.


Dalam kenyataan sama, beliau menyifatkan lawatan dilakukan Anwar yang juga Presiden KEADILAN itu menunjukkan impak nyata, termasuk pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan, pengukuhan perdagangan, dan pengiktirafan global terhadap Malaysia.


"Ia juga petunjuk jelas bahawa Perdana Menteri bukan sekadar figura simbolik, sebaliknya pemimpin yang memacu negara menuju kemajuan di bawah agenda MADANI," katanya lagi.


Selepas keberhasilan lawatan ke empat buah negara sebelum ini, Perdana Menteri kini meneruskan misi diplomatik dan pembangunan negara di Korea Selatan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page