top of page

Lawatan PM ke UK bawa pulang pelaburan RM11.5 bilion


DS Anwar dan delegasi Malaysia berdialog bersama kapten industri UK - Foto: Amir Haziq/PMO

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK) selama lima hari telah berjaya membawa balik pelaburan berkualiti tinggi daripada firma firma British bernilai RM11.5 bilion.


Menurut Anwar, lebih menguntungkan negara apabila kerjasama Malaysia-UK diperkukuhkan lagi sebagai rakan kongsi strategik terutama dalam bidang teknologi.


"Alhamdulillah, kunjungan delegasi Malaysia ke United Kingdom telah mencapai hasil memberangsangkan apabila kedua-dua negara sepakat untuk mempertingkat kerjasama Malaysia-UK ke tahap Perkongsian Strategik.


"Pertemuan saya dengan wakil-wakil industri terkemuka turut membuahkan hasil apabila kita berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport berjumlah RM11.5 bilion," katanya di Facebook.


Sehubungan itu, beliau berharap hubungan persahabatan Malaysia-UK terus erat dan membawa kemakmuran buat rakyat.


Untuk rekod, sepanjang lawatan PM ke UK beliau turut bertemu dengan wakil syarikat besar atau kapten industri negara itu seperti Standard Chartered PLC, Jaguar Land Rover Automotive PLC, Raw Energy, Yondr Group Ltd, Unisnacks Europe Ltd, Air Bus UK, AstraZeneca dan lain lain.


Dalam lawatan itu Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page