top of page

Lawatan PM ke Peru jana potensi eksport bernilai RM1.24 bilion



Misi sulung Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Peru jana potensi eksport bernilai RM1.24 bilion (AS$0.3 bilion) khususnya dalam sektor berpotensi tinggi.


Melalui sidang media bersama media Malaysia pada hari terakhir lawatan ke negara Amerika Selatan itu Anwar berkata, kalangan syarikat Peru menyatakan minat untuk mengimport bahan binaan berkaitan keluli dan kaca, peralatan dan produk perubatan, minyak sawit, bahan kimia serta produk makanan dan minuman dari Malaysia.


"Kita juga akan mengambil tindakan susulan mengenai kerjasama logistik, terutama dalam hal berkaitan pelabuhan yang sama penting untuk memudah cara eksport antara kedua-dua negara," katanya dipetik.

Anwar sebelumnya menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31.

Sementara itu beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan telah mengadakan pertemuan dengan 22 pemimpin industri dan perniagaan dari 17 syarikat Peru mewakili pelbagai industri termasuk farmaseutikal, peralatan dan produk perubatan, bahan binaan, produk berasaskan bahan kimia, makanan kesihatan serta produk barangan pengguna.


Setakat ini jelasnya, syarikat tersebut telah mengimport barangan bernilai RM435.27 juta (AS$95.44 juta) dari Malaysia dan kerajaan akan terus berusaha meningkatkan nilai eksport ke Peru.

Mengulas mengenai pelaburan, Anwar berkata, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah mengenal pasti sebanyak tujuh syarikat pembuatan terkemuka Peru yang mahu meneroka peluang pelaburan di Malaysia, terutama dalam sektor pemprosesan makanan, perkhidmatan logistik bersepadu dan farmaseutikal.


Justeru jelasnya, tindakan susulan akan diambil bagi merealisasikan kesemua niat tersebut secepat mungkin.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page