top of page

Lawatan PM ke China kejayaan diplomatik, kembalikan gemilang ekonomi

Updated: Apr 3, 2023


ANALISIS: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China sepanjang 3 hari lalu menempa kejayaan besar.


Pada ketika modal asing dari Eropah dan negara Arab berbondong bondong ke China, negara kuasa besar ekonomi itu mempunyai pilihan untuk menyambut tetamu dari benua Eropah atau Asia Barat secara lebih terhormat.


Namun sejak hari pertama PM tiba di Beijing, ibu negara China, sambutan negara telah diberikan dengan perbarisan anggota Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) di karpet merah di lapangan terbang, menunjukkan Anwar adalah tetamu penting dari Asia.


Mesej yang ditunjukkan ialah China amat senang dengan Malaysia dan bersedia berkongsi kemakmuran ekonomi tahun ini yang dibawa oleh sebilangan pelabur yang mahu mengelak kejatuhan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah berikutan perang Rusia dan Ukraine yang berlanjutan.


Kegagalan sekatan ekonomi AS dan negara NATO dalam usaha memusnahkan ekonomi Rusia sebaliknya menyebabkan negara Eropah mengalami kemerosotan ekonomi. Manakala kejatuhan bank Silvergate, Silicon Valley Bank dan Signature Bank di AS dijangka akan mengubah tumpuan kewangan daripada Barat ke Timur yang dipimpin China pada tahun tahun mendatang.


Justeru, kunjungan PM ke China akan berkongsi peluang kewangan yang besar dari kuasa ekonomi nombor satu Asia tersebut.


PM berangkat pulang malam tadi dengan perbarisan tentera PLA penghormatan tetamu utama negara

Kewibawaan Anwar juga terserlah apabila tular di media sosial berkenaan sambutan yang tidak seberapa diberikan kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang juga mengadakan lawatan untuk bertemu Xi Jinping.


Hal itu memberi isyarat keutamaan China di rantau Asia Tenggara adalah Malaysia yang boleh mengembalikan kegemilangan negara ini pada 1990an lalu sebagai peneraju ekonomi dan politik ASEAN.


Mengenai tempelakan politik pemimpin PN berhubung lawatan luar negara PM sejak seminggu lalu, pada penghujung lawatan ke China Anwar menyindir bahawa pembangkang tidak mempunyai arah yang jelas dalam mengkritik prestasi kerajaan pimpinannya.


Beliau berkata para pengkritiknya perlu membuka tabir yang melitupi mereka terlebih dahulu.


"Kalau buka nampak luas sikit, kalau tak buka, dia nampak tempurung sahaja," kata Anwar ketika ditanya sama ada pelaburan dari China akan menghentikan kritikan terhadap kerajaan pimpinannya.


Dalam kunjungan ke China ini 19 memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani bersama syarikat besar negara itu manakala 5 MoU lagi ditandatangani dengan pihak kerajaan dalam kerjasama negara ke negara (G2G).


Kejayaan membawa pulang modal yang besar ini juga akan menjadi bekal untuk Kerajaan Perpaduan masuk Pilihan Raya Negeri pada Julai depan kerana pengundi bukan Melayu lebih mengutamakan isu ekonomi sebelum memberi peluang kepada parti memerintah mempertahankan kuasa di peringkat negeri.


0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page