top of page

Lawatan PM ke China berjaya, dasar keterbukaan Malaysia diterima baik



Dasar keterbukaan Malaysia bersahabat dengan semua negara diterima baik sepanjang lawatan ke China.


Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, hal itu terbukti dengan kesediaan pemain industri di China untuk melabur di Malaysia yang ditunjukkan dalam lawatan tiga hari Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berakhir semalam.


"Dalam pertemuan beliau bersama PM Li Qiang dan Presiden Xi Jinping banyak perkara telah dibincangkan


"Juga satu jemputan ke sidang kemuncak ASEAN GCC pada tahun depan telah dipanjangkan


"Ini membuktikan bahawa Malaysia sebuah negara berdaulat dan berdagang dengan mana mana negara yang ingin berdagang dan bersahabat dengan mana mana negara yang ingin bersahabat dengan negara ini. Inilah dasar kita," katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya, hari ini.


Dengan hubungan baik itu, kata Fahmi, sudah pasti akan memberi limpahan positif kepada rakan rakan dalam lingkungan ASEAN apabila Malaysia menjadi pengerusi kerjasama berkenaan pada tahun depan.


Selain itu, katanya, PM juga telah memaklumkan lawatan seterusnya ke Mesir pada 9 November ini bertemu Presiden Fatah al Sisi.


"Pada 11 Nov PM akan ke Riyadh untuk Sidang Tergempar OIC dan negara Arab untuk isu Palestin.


"Selepas itu PM akan kembali ke Kaherah menyambung lawatan rasmi beliau, kemudian akan ke Lima, Peru untik sidang APEC, diikuti Rio de Jeneiro (Brazil) untuk sidang G20 atas jemputan Pengerusi G20 kerana Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.


"Kebiasaannya Pengerusi ASEAN ada menerima jemputan dari Pengerusi Sidang G20," katanya lagi.


Perdana Menteri dijangka kembali selepas selesai sidang G20 di Brazil.

0 comments

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page