top of page

Lawatan PM ke Batu Caves perkukuh perpaduan nasional - Manivanan



Lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Batu Caves menjelang sambutan Thaipusam pada Jumaat lalu meskipun dikritik laskar siber pembangkang namun amat bermakna dalam mengukuhkan perpaduan nasional.


Menurut Setiausaha Politik Pejabat Presiden KEADILAN, Manivanan Gowin, lawatan tersebut telah membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perpaduan serta menghargai masyarakat India di Malaysia.


"Salah satu pencapaian utama lawatan ini ialah perpaduan yang dipamerkan oleh pemimpin India daripada Kerajaan Perpaduan. Hadir pada lawatan itu ialah pimpinan komponen daripada semua parti politik kerajaan, berdiri teguh bersama Perdana Menteri.


"Perdana Menteri diiringi YB Gobind Singh Deo (DAP) dan YB Datuk Ramanan Ramakrishnan (KEADILAN), bersama pimpinan utama lain dari KEADILAN dan DAP. Ia juga menyaksikan kehadiran Presiden dan Timbalan Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran dan Datuk Seri Saravanan bersama kepimpinan mereka


"Kehadiran pemimpin-pemimpin India dari Kerajaan Perpaduan yang menunjukkan kesatuan dalam kepimpinan negara menandakan sokongan kuat kepada PMX serta usaha memperkukuh hubungan antara kaum di Malaysia," kata Manivanan dalam satu kenyataan.


Selain itu, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat itu, lawatan berkenaan juga telah berjaya menepis dakwaan kononnya PMX mengabaikan masyarakat India di Malaysia.


Manakala sambutan hangat dan penjelasan yang diberikan oleh pihak Sri Maha Mariamman Temple Devasthanam, kata Manivanan, telah diterima baik oleh Perdana Menteri yang mencerminkan penghormatan beliau terhadap tradisi agama dan budaya masyarakat India.


"Satu aspek penting yang mendapat perhatian ialah tiadanya campur tangan pasukan protokol Perdana Menteri dalam susunan acara yang dikendalikan oleh penganjur.


"Ini menunjukkan rasa hormat PMX terhadap sensitiviti budaya dan kepercayaan masyarakat India, sesuatu yang dihargai oleh mereka yang hadir," katanya lagi.


Sehubungan itu, ujar Manivanan, terdapat lonjakan sentimen positif dalam kalangan masyarakat India terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan selepas lawatan itu.


Kehadiran PM di Batu Caves bersama pemimpin daripada KEADILAN, DAP dan MIC telah memperkukuh semangat perpaduan serta menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar ialah pemimpin untuk semua rakyat Malaysia.


Justeru, mantan Ahli Parlimen Kapar itu berharap agar sambutan Thaipusam tahun ini akan membawa keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang berterusan di bawah kepimpinan PMX.

1 comment

Recent Posts

See All

1 Comment


James Smith
James Smith
2 hours ago

Lawatan Perdana Menteri ke Batu Caves sememangnya satu langkah positif dalam memperkukuh perpaduan nasional. Kehadiran pemimpin dari pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan menunjukkan kesatuan dalam kepimpinan serta menghormati kepelbagaian budaya rakyat Malaysia. Ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara kaum, tetapi juga membuktikan komitmen kerajaan dalam menghargai masyarakat India di negara ini.

Begitu juga dalam bidang akademik, kepelbagaian latar belakang pelajar memerlukan akses kepada help assignment yang berkualiti agar mereka dapat mencapai kecemerlangan tanpa mengira cabaran yang dihadapi. Platform seperti MyAssignmentHelp menyediakan bimbingan yang komprehensif kepada pelajar yang memerlukan sokongan dalam tugasan mereka, sama seperti bagaimana kepimpinan negara berusaha memberikan perhatian kepada semua lapisan masyarakat.

Semoga semangat perpaduan yang dipamerkan dalam lawatan ini dapat diteruskan dalam semua aspek kehidupan rakyat Malaysia!

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page