top of page

Lawatan PM Anwar kukuh hubungan diplomatik 65 tahun Malaysia-Mesir



Lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir bakal memperkukuh hubungan kerjasama kedua negara.


Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Mohd Tarid Sufian berkata, lawatan atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi itu akan membuka ruang untuk mempelbagai asas sinergi termasuk usaha-usaha meneliti isu serantau dan global yang berkepentingan bersama.


Mengulas mengenai lawatan itu beliau berkata, Anwar akan disambut oleh El-Sisi dalam satu majlis Sambutan Rasmi di Istana Al Ittihadiya, diikuti mesyuarat dua hala.


Mesyuarat itu dijangka akan tertumpu kepada kemajuan hubungan dua hala melalui peningkatan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, pelancongan, pendidikan dan hal ehwal agama.


"(Turut dibincangkan berkaitan) penerokaan kerjasama baharu dalam industri halal, kesihatan, tenaga boleh diperbaharui dan air, sumber asli dan kelestarian alam.


"Kedua-dua pemimpin turut dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, terutamanya mengenai konflik Palestin.," katanya dipetik pada sidang media di Kaherah.


Mesir merupakan rakan dagangan Malaysia ke-5 di antara negara-negara Afrika pada tahun 2023, dengan nilai dagangan berjumlah RM3.35 bilion dengan imbangan dagangan berpihak kepada Malaysia.


Mengulas lanjut Mohd Tarid berkata sempena lawatan itu juga, Anwar dan El-Sisi turut akanmenyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Malaysia dan Al-Azhar Al-Sharif bagi kerjasama di Fakulti Ulum Islamiah dan MoU bagi kerjasama Malaysia dan Mesir dalam bidang hal ehwal agama.


Selain itu Anwar juga dijadual menyampaikan ceramah umum di Universiti Al-Azhar, mengadakan libat urus bersama kapten-kapten industri tempatan, merasmikan pusat operasi pemasangan Proton Saga serta mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia di sini.


"Tahun ini merupakan genap 65 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan Mesir, ini merupakan tarikh yang amat bersejarah bagi kedua-dua negara, lawatan ini sangat bertepatan dengan sambutan (ulang tahun) ke-65 (hubungan diplomatik) tersebut.


"...sebenarnya, hubungan 65 tahun itu memang kebetulan dengan tarikh mesyuarat (dua hala) pada 10 Nov (ini) sebab penubuhan hubungan diplomatik (Malaysia dan Mesir) itu pada 10 Nov," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page