top of page

Lawatan luar negara: Perlu kelulusan menteri, elak pembaziran dana - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan syarat semua program, projek, lawatan dan tugasan di luar negara membabitkan kakitangan awam perlu mendapat kelulusan Menteri sebagai langkah mengelakkan pembaziran dana dan sumber manusia.


Perdana Menteri berkata kelulusan menteri diperlukan memandangkan terdapat ahli lembaga pengarah di dalam syarikat mahupun agensi kerajaan yang dilihat membuat keputusan memihak kepada kepentingan sendiri.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau sendiri telah membatalkan satu permohonan melibatkan kementerian dan agensi kerajaan yang telah mendaftar sehingga 68 kakitangan hanya untuk menghadiri satu pameran kecil di Paris, Perancis.


"Walaupun tiket hotel dan penerbangan telah disediakan, saya batalkan kerana jumlah yang didaftarkan terlalu ramai. Hanya sebahagian kecil mungkin diperlukan untuk tugasan tersebut. Ini adalah pelanggaran peraturan. Ini dana rakyat dan kita harus tanggungjawab.


"Saya semalam telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausana Negara (Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz), semua Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan untuk menegaskan pendirian kerajaan dan minta kerjasama mereka dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam, Puchong, Selangor hari ini.


Perdana Menteri berkata, menteri yang ingin melakukan lawatan ke mana-mana negara juga perlu mengemukakan kertas cadangan kepada Jemaah Menteri.


"Biasanya kita akan menilai semula sama ada (lawatan itu) perlu membawa kakitangan tertentu atau tiada keperluan sama sekali


"Atau lebih baik tangguhkan sahaja lawatan tersebut dan sekalikan dengan lawatan Perdana Menteri, di mana MoU (Memorandum Persefahaman) boleh turut ditandatangani dalam majlis yang sama. Ini akan jimat belanja," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page