top of page

Lawatan PM ke Uzbekistan tingkat kerjasama kewangan, industri petroleum



Lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Uzbekistan, salah satu negara pengeluar petroleum utama di Asia Tengah membuka peluang pelaburan kepada sektor hidrokarbon dan kewangan kepada firma Malaysia.


Menurut PM, mesyuarat dua hala dengan wakil Kerajaan Uzbekistan yang diketuai Presiden Shavkat Mirziyoyev amat memberansangkan dalam hubungan dua hala dan perdagangan.


"Saya dan Presiden Shavkat senada mahu memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan, khususnya terkait perdagangan dan pelaburan, selain kerjasama dalam sektor pendidikan, tenaga, industri halal, pertanian, pengangkutan, teknologi digital, kesihatan, pelancongan, kebudayaan serta kewangan dan perbankan Islam.


"Uzbekistan antaranya menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama dengan Petronas dalam sektor hidrogen hijau dan petrokimia, selain latihan tenaga manusia dalam sektor minyak dan gas.


"Presiden Shavkat juga nyatakan cadangan mewujudkan zon perindustrian Uzbekistan-Malaysia, selain kami bersetuju untuk mempermudah dan mempercepatkan prosedur pelaburan antara kedua-dua negara," katanya.


Menurut Anwar, Presiden Shavkat Mirziyoyev juga bersetuju untuk mengangkat status Jawatankuasa Bersama untuk Perdagangan antara kedua-dua negara menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.


Selain itu, PM juga menzahirkan penghargaan Malaysia terhadap budaya dan ketamadunan Uzbekistan yang telah melahirkan ramai cendekiawan ulung seperti Imam Bukhari, Imam Tarmizi, Al Biruni, Naqshbandi, Ibnu Sina dan Ibnu Khwarizmi yang telah memberi sumbangan penting dalam dunia Islam.


"Saya turut menjemput Presiden Shavkat untuk datang ke Malaysia, khususnya bagi menyertai Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam di Kuala Lumpur pada 28 Mei depan.


"Saya amat menghargai perbincangan ini yang telah berlangsung dalam suasana persahabatan, dan ia ternyata telah memperkukuh hubungan erat kedua-dua negara.


"Kami berdua kemudian menandatangani kenyataan bersama yang menyentuh persetujuan dan komitmen yang dicapai dalam pertemuan ini," katanya lagi.


Hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan yang telah terjalin sejak lebih 30 tahun lalu dipertingkatkan dengan lawatan delegasi Malaysia. Kedua dua negara sedia untuk meneroka potensi pelaburan, perdagangan dan kerjasama dalam pelbagai sektor.


Dalam lawatan ini delegasi Malaysia diwakili Menteri Luar Negeri; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta Menteri Agama.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page