top of page

Lawatan ke Mesir capai objektif - PM Anwar



Lawatan ke Mesir yang dilakukan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai objektifnya.


Menurut PM, lawatan kali kedua ke Mesir selepas menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Riyadh berjaya meningkatkan penerokaan peluang pelaburan baharu dan mengukuhkan kerjasama dua hala yang telah terjalin sejak puluhan tahun lalu.


"Secara keseluruhannya, lawatan kali ini mencapai objektifnya di mana perbincangan mendalam dan secara telus antara saya dan sahabat, Presiden El-Sisi.


"Kami juga bersetuju untuk meningkatan hubungan Malaysia-Mesir ke tahap perkongsian strategik selain meneroka peluang pelaburan dan perdagangan baharu serta kerjasama 'Global South," katanya dalam catatan di Facebook sebelum berangkat ke lapangan terbang Kaherah untuk berlepas ke Amerika Selatan.


Selesai lawatan di Mesir, Anwar bersama delegasi Malaysia berangkat ke Lima, Peru bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page