top of page

Lawatan ke luar negara dimanfaat tingkat eksport sawit - PM Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang berusaha bertungkus lumus untuk meningkatkan eksport minyak sawit yang banyak dihasilkan oleh ladang-ladang FELDA bagi meningkatkan pendapatan warga peneroka.


Perdana Menteri berkata, usaha tersebut terus menerus dilakukan termasuk ketika beliau bertemu pemimpin-pemimpin dunia seperti China, Rusia dan India baru-baru ini.

"Saya gunakan setiap ruang ketika bertemu pemimpin dunia seperti China, India dan Rusia untuk meningkatkan pembelian sawit Malaysia dan Alhamdulillah, mereka menyatakan persetujuan hasil hubungan persahabatan yang akrab," katanya dalam hantaran di Facebook ketika mengulas mengenai lawatannya ke FELDA Wilayah Sahabat, Lahad Datu, Sabah.


Dalam hantaran itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menzahirkan penghargaan kepada warga FELDA kawasan tersebut yang telah bersama menjadi barisan hadapan bersama pihak berkuasa dalam menentang pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.


Pada majlis itu kata Anwar, beliau turut umumkan persetujuan untuk mengeluarkan tanah adat anak negeri seluas 400 hektar di Tambisan, Lahad Datu daripada kawasan FELDA Wilayah Sahabat dan dikembalikan semula kepada orang kampung yang telah menduduki kawasan tersebut lebih awal.


"Saya dimaklumkan bahawa perkara ini telah disuarakan sejak puluhan tahun oleh penduduk Tambisan. Kerajaan MADANI enggan membiarkan isu ini berlarutan dan Insya-Allah, ia akan diselesaikan bersama-sama Kerajaan Sabah dan FELDA dalam tempoh dua bulan


"Saya juga ambil maklum masalah air dan elektrik yang masih membelenggu beberapa kawasan dan memerlukan peruntukan besar daripada Kerajaan Persekutuan. Saya percaya isu ini boleh diselesaikan dengan kerjasama baik daripada Kerajaan Negeri," ujarnya.


Terdahulu dalam ucapannya Anwar berkata negara-negara seperti India, China, Mesir dan Belanda merupakan antara pengimport besar minyak sawit negara ini.


"Sekarang kita minta Rusia, sebab itulah kita pergi dan berkawan dengan mereka, China setuju tambah import kelapa (minyak) sawit.


"Saya jumpa Perdana Menteri India (Narendra Modi) baru-baru ini...dia pun kata Anwar kita akan meningkatkan import (minyak sawit) ke India," katanya.


Kata beliau, pihaknya juga akan memanfaatkan hubungan baik dengan kerajaan Mesir untuk meminta mereka meningkatkan import minyak sawit dari Malaysia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page