top of page

Lawatan Anwar ke UK, tarik pelabur, kukuhkan ukhwah sesama muslim


PM menyumbang nashkah al Quran terjemahan B Inggeris kepada masjid di UK - Foto Amir Haziq/ PMO

Lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK) yang berakhir semalam bukan sahaja berjaya menarik pelaburan langsung asing, namun turut mengukuhkan ikatan ukhwah sesama muslim Malaysia dan UK.


Bagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan, lawatan Anwar ke atas komuniti muslim London misalnya amat bermakna apabila PM menyumbangkan naskah al-Quran terjemahan Bahasa Inggeris dan menerima jemputan untuk berucap kepada jemaah muslim di sana.


"Lawatan kerja pertama PM Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.


"Kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap dasar negara selepas beliau dan delegasi mengadakan beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten industri terkemuka di UK.


"Di sana, PM juga sempat singgah ke East London Mosque, antara masjid terbesar di Eropah dengan kapasiti lebih 10,000 jemaah untuk menunaikan Solat Jumaat bersama warga sekitar Upton Park, stadium lama West Ham United.


"PM turut menyumbang naskah al-Quran dengan terjemahan Bahasa Inggeris, selain berucap di depan ribuan jemaah Muslim London dengan penuh bersemangat," kata Dr Zulkifli.


PM DS Anwar berdialog potensi pelaburan di Malaysia bersama kapten industri UK - Foto Amir Haziq/ PMO

Beliau teruja apabila rakan rakan di London menghubunginya dan melahirkan rasa bangga mereka di atas kunjungan tokoh karismatik Anwar Ibrahim yang telah membina nama di dunia Islam sejak era 1970an lagi.


Katanya, pidato PM menyentuh dunia Islam amat membekas dan diselangi laungan "Allahu Akbar" oleh para jemaah.


Dalam pada itu, Dr Zulkifli juga mengimbau sejarah Anwar di UK yang bukanlah tempat asing bagi beliau serta gerakan Islam yang dipimpinnya seawal zaman pelajar, pada 1960an lalu.


Katanya, London menjadi saksi pertemuan Anwar dan Ustaz Dr Razali Nawawi yang ketika itu merupakan mahasiswa di University of London.


Timbalan Menteri Agama Dr Zulkifli (dua dari kiri) dalam kunjungan ke London sebelum ini

PM adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan bersama Ustaz Razali serta Ustaz Dahlan Arshad ketika itu telah berbincang untuk menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).


Ustaz Razali merupakan pengasas pertubuhan Malaysian Islamic Study Group of United Kingdom (MISG-UK) bersama Ustaz Dahlan Arshad dan lain-lain.


"Selepas pulang ke tanah air, bermula tahun 1972, Ustaz Razali Nawawi dilantik sebagai Presiden pertama ABIM, di mana PM menjadi Setiausaha Agung ABIM yang pertama, sebelum PM menjawat jawatan Presiden ABIM kedua pada 1974," katanya.


Seperti mana Anwar, Ustaz Razali dan Ustaz Dahlan yang mengajar erti perjuangan dan kesetiaan kepada Dr Zulkifli, beliau berharap generasi muda muslim mengambil kebijaksanaan ketiga tiga tokoh itu dalam meningkatkan martabat umat Islam di masa hadapan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page