top of page

Lawatan angkatan laut China ke sekolah P Pinang atas dasar diplomatik



Oleh: Akmal Manaf


Dakwaan laskar siber pembangkang kononnya Malaysia membenarkan pengaruh China meresap ke dalam masyarakat dengan berlabuhnya dua kapal angkatan laut Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) negara itu ke Pulau Pinang, dan tentera lautnya dijemput mengunjungi sekolah tempatan amat tersasar daripada kenyataan.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau mendapat maklumat sahih daripada Kementerian Pertahanan bahawa kunjungan pelatih-pelatih dari Naval University of China ke Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) di Pulau Pinang hanyalah lawatan diplomatik dan tiada kaitan dengan ketenteraan.


Katanya berdasarkan maklumat itu, perancangan awal pihak PLA ialah merancang mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pulau Pinang.


Namun katanya, perlawanan persahabatan itu terpaksa dibatalkan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.


"Oleh itu, pihak Operasi dan Latihan (OPLAT) Markas Tentera Laut (MTL) dan Penasihat Pertahanan China di Malaysia, telah berbincang untuk menukar kepada program kemasyarakatan bersama pelajar atau komuniti di Pulau Pinang tanpa melibatkan TLDM.


"Melalui aktiviti kemasyarakatan ini Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) telah dipilih oleh pihak Konsulat China sebagai lokasi program kemasyarakatan itu.

"Untuk maklumkan, program itu hanya melibatkan seramai 150 kru PLA dan warga sekolah berkenaan.


"Jadi saya ingin menegaskan bahawa fakta lawatan hormat atas undangan sekolah berkenaan dengan jumlah 1,000 kru, adalah tidak benar," tegas beliau dalam satu klip siara media.


Menjelaskan lebih lanjut, Pengarah Komunikasi UMNO itu berkata, kedua-dua kapal yang berlabuh itu telah mendapat kelulusan diplomatik daripada Kementerian Luar Malaysia pada 26 September lalu bagi melaksanakan lawatan operasi.


Katanya, lawatan itu bertujuan memperkasakan hubungan dua hala Malaysia dan China yang telah terjalin selama 50 tahun lalu.


"Ini ada kaitan dengan program sempena ulang tahun ke-50 hubungan kedua-dua negara.


"Saya juga sudah berhubung dengan Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai perkara tersebut," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page