top of page

Lautan biru iringi calon BN misi tawan DUN Nenggiri



Oleh: Abdullah Zaid


Suasana di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undang Negeri (DUN) Nenggiri di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang sesak dengan lautan biru terdiri daripada pemimpin dan jentera BN-Kerajaan Perpaduan.


Penyokong Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dilihat sudah mula berkumpul di Pejabat Kesedar Gua Musang ke pusat penamaan calon.


Dalam pada itu, beberapa pimpinan utama Perpaduan menyertai perarakan bagi mengiringi calon, antaranya Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Naib Presiden AMANAH, Adly Zahari serta Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.


PRK DUN Nenggiri dijangka menyaksikan persaingan sengit antara Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, calon mewakili BN dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail.


Pilihanraya berkenaan diadakan selepas kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas.


Kerusi DUN Nenggiri sebelum ini disandang Mohd Azizi Abu Naim daripada Bersatu tetapi keahliannya dalam parti itu telah digugurkan pada 13 Jun lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos ini, manakala hari mengundi awal yang pada mulanya ditetapkan pada 13 Ogos tidak akan diadakan bagi memberi ruang kepada 14 pengundi memilih secara pos.


Seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page