top of page

Laungan Malaysia bantu Palestin bukan retorik kosong



Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia akan membantu membangunkan semula Gaza merupakan tindakan ke hadapan dan berstrategi dalam membuka laluan kepada pemulihan semula negara Palestin.


Pakar Geostrategi, Prof Dr Azmi Hassan menyifatkan pengumuman akan memberikan tekanan bagi memastikan perjanjian damai diteruskan dan dipatuhi sehingga fasa ketiga.


Beliau turut menegaskan, pengumuman itu membuktikan bahawa laungan Malaysia untuk membantu Palestin selama ini bukan sekadar cakap kosong atau retorik, sebaliknya ia disokong perancangan rapi bagi memastikan usaha itu boleh dilaksanakan.


Malah Jepun mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama dalam Persidangan mengenai Kerjasama antara Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) yang memfokuskan pada pembangunan semula Gaza


"Jepun sendiri melihat Malaysia negara yang penting, berpengaruh kuat dalam hal Timur Tengah kerana Perdana Menteri (Anwar) itu terkenal (sebagai) pemimpin yang vokal dalam pertahankan hak Palestin.


"Ia dibuktikan dengan kerjasama menerusi pengerusi bersama CEAPAD menunjukkan negara lain juga iktiraf peranan, usaha kita dalam membantu membangunkan semula Palestin," katanya Felo Majlis Profesor Negara itu dipetik Bernama.


Perdana Menteri pada Rabu memaklumkan Malaysia akan membina sebuah sekolah, hospital dan masjid sebagai usaha permulaan dalam memulihkan semula pembangunan di Gaza.


Menerusi satu video khas beliau menjelaskan, pembinaan semula itu akan dijalankan dengan kolaborasi rakyat Malaysia dan pihak swasta.


Usaha pembangunan semula itu turut melibatkan kerjasama kerajaan Malaysia dan Jepun yang berhasrat melancarkan dana melalui program Asia Timur.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page