Latihan motivasi dan pengurusan berkumpulan penting untuk pemantapan sesebuah organisasi.
Bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Biro Pendidikan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Mohd Ifwat Amir Hamirudin, kehadiran beliau yang diundang ke majlis apresiasi untuk National Training Week (NTW) baru baru ini telah memberi pengalaman amat berguna.
Katanya, latihan yang dikendalikan oleh jurulatih Cik Agnes itu amat baik sekiranya diterapkan untuk memantapkan organisasi dan boleh menjadi peluang kerjaya hebat kepada anak muda yang menceburinya.
"Saya melihat sendiri pasukan trainer di bawah pimpinan wanita hebat ini. Saya berpendapat trainer ini adalah satu peluang yang baik bagi anak muda untuk melebarkan sayap sebagai salah satu peluang kejayaan.
"Selain itu, pendidikan yang berterusan melalui training yang bertauliah ini juga sedikit sebanyak mampu menambah ilmu pengetahuan para peserta yang menghadiri.
"Misalnya pelajar undang undang bekerja dalam bidang sumber manusia. Pekerja tersebut boleh dihantar oleh pihak majikan bagi menghadiri kursus daripada jurulatih yang bertauliah ini," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, Biro Pendidikan AMK Malaysia juga telah menyediakan sebanyak 11 jurusan latihan sempena NTW dan telah bekerjasama dengan rapat dengan syarikat A Plus dengan lebih 21 jurulatih merangkumi 48 jurusan latihan diberikan secara percuma sempena NTW tersebut.
"Kami akan terus bekerjasama dengan pelbagai organisasi, agensi, pihak korporat dan badan badan lain dalam meningkatkan lagi latihan dan pendidikan yang percuma untuk anak muda Malaysia," katanya.
Comments