Laskar siber pro pihak tertentu di Terengganu didakwa sengaja menggunakan nama UMNO Terengganu untuk mengelirukan rakyat dan penyokong Kerajaan Perpaduan dalam hantaran mereka.
Menurut Biro Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, akaun media sosial yang sering dikaitkan dengan parti itu, TranungPress dan Bncomms Terengganu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan pihak UMNO negeri atau peringkat yang lebih rendah.
"UMNO Terengganu ingin menegaskan kedua dua laman sosial itu bukan milik UMNO atau mana mana UMNO Cawangan atau Bahagian. Pihak UMNO Negeri Terengganu menafikan sebarang kenyataan dari akaun tersebut.
"UMNO Terengganu mengecam sekeras kerasnya bentuk pemalsuan seperti ini kerana ia boleh menjatuhkan imej UMNO Negeri Terengganu," kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama juga UMNO Negeri Terengganu memberi amaran akan mengambil tidakan undang undang kepada pihak yang sengaja memburuk burukkan imej parti berkenaan dan tidak teragak agak untuk membawa pihak terlibat ke mahkamah.
Comments