top of page

Larian pakaian tidak senonoh: Semua pihak digesa hormati sensitiviti umat Islam



Semua pihak diseru agar menghormati serta memahami sensitiviti umat Islam khususnya dalam aspek ketetapan hukum-hakam.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar membuat gesaan itu susulan penganjuran larian yang didakwa mempromosikan budaya songsang di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.


Tegasnya, sebarang acara yang boleh mencetuskan polemik serta menggugat kedaulatan agama Islam perlulah dielakkan sama sekali.


"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh ketegasan Kerajaan Negeri Johor yang telah meminta siasatan dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.


"Semua pihak diseru agar memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk mengendalikan isu ini. Perpaduan serta keharmonian perlu sentiasa dipelihara demi kemakmuran negara," katanya dalam satu kenyataan.


Terdahulu tular di media sosial beberapa gambar dan sebuah klip video sekumpulan individu yang mennyertai program larian mengenakan pakaian berwarna merah serta berkelakuan tidak senonoh dan lucah di tempat awam.


Pada Sabtu, media melaporkan kerajaan negeri tidak pernah memberi kebenaran atau kelonggaran terhadap mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di Johor.


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam isu tular mengenai pelancong berpakaian songsang dan tidak senonoh dalam satu program larian di Kota Tinggi.

Sementara itu Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, tiga lelaki telah ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh ketika menyertai acara larian terbabit.


Individu yang ditahan itu terdiri daripada dua warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page