top of page

Laporan penuh nahas dua helikopter TLDM boleh diakses esok - Fahmi



Oleh: Abdullah Zaid


Laporan penuh siasatan tragedi nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut akan dibentangkan pada 30 Mei ini.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, laporan penuh itu juga akan dibentangkan oleh Kementerian Pertahanan dan orang ramai boleh mengaksesnya esok.


"Menteri Pertahanan telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri laporan penuh nahas helikopter bahawa laporan itu telah siap dan akan diterbitkan esok.


"Oleh itu, kita boleh menanti pengumuman penuh hasil siasatan terhadap nahas helikopter yang berlaku di Lumut, baru-baru ini," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Pada 23 April lalu, negara dikejutkan dengan insiden dua helikopter milik TLDM terhempas ketika menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.


Insiden di Pangkalan TLDM Lumut itu mengorbankan semua 10 anggota dalam dua pesawat terbabit.


Susulan itu, TLDM dalam satu kenyataan menubuhkan sebuah lembaga siasatan bagi menyiasat dan mengenal pasti punca nahas berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page