top of page

Lapangan terbang negara kurang sumbangan ekonomi, PN jangan alih 'tiang gol'



Keadaan lapangan terbang Malaysia yang kian malap dan tidak banyak menyumbang kepada ekonomi negara perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum melayan tohmahan pembangkang kononnya Kerajaan Madani menjual lapangan terbang kepada syarikat pro Yahudi.


Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Haziq Azfar berkata, percubaan Ketua ARMADA Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang asyik mengaitkan syarikat mesra Israel, BlackRock dalam usaha pembentukan konsortium menguasai pegangan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) adalah usaha licik yang mahu mengalihkan 'tiang gol'.


Hakikatnya, kata beliau, isu naik taraf lapangan terbang Malaysia yang kronik dan kurang menyumbang kepada ekonomi negara yang perlu disegerakan, bukannya hal pelaburan syarikat luar yang hanya memegang 30% saham.


"Lapangan terbang tanah air kita pernah diiktiraf sebagai antara terbaik di dunia suatu masa dahulu kini corot dan semakin ketinggalan dalam segenap segi, memaksa Kerajaan fokus melakukan penambahbaikan terhadap lapangan terbang negara secara radikal dan pantas.


"Ekosistem lapangan terbang tanah air kita hanya menyumbang 3.5% kepada KDNK negara berbanding Singapura sebanyak sehingga 12% dan Thailand sebanyak 16%.


"Lebih malang lagi adalah usaha menaiktaraf lapangan terbang melalui peruntukan konvensional sering kali diganggu oleh pelabagai salah guna dana negara oleh pentadbiran yang lalu termasuklah kes Projek Jana Wibawa," kata Haziq dalam kenyataan hari ini.


Oleh itu, kata beliau, amat malang rakyat mendapat pembangkang seperti pemimpin PN yang sering melakukan tohmahan tanpa ada idea yang lebih bernas untuk membaiki prestasi lapangan terbang negara.


Katanya, apabila Kerajaan mengusahakan kaedah melalui pembentukan konsortium, PN pula ambil kesempatan mengaitkan usaha itu sebagai konspirasi menjayakan penjualan saham kepada kepentingan pro-zionis.


"(Ini termasuk) misalnya dakwaan pembubaran MAVCOM bagi menjayakan agenda ini walhal pembubaran telah dipersetujui oleh kabinet Perikatan Nasional dahulu.


"Langkah-langkah alternatif yang dicadangkan olehnya (pembangkang pula) seperti melantik perunding dan berhutang tidak konsisten, dan malah tidak munasabah


"Masa bertindak untuk menyelamatkan keadaan lapangan terbang yang sudah lama tidak dinaiktaraf secara besar-besaran adalah amat perlu sebelum ianya bertambah buruk dan menjadi destinasi ‘paranormal’.


"Ini juga sekali gus salah satu peluang besar negara untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana, tatkala berlaku perubahan rangkaian bekalan global, susulan isu geopolitik dunia yang memberi manfaat buat Malaysia sekarang," katanya lagi.


Tambah Haziq, mesej moral yang lebih besar dalam isu lapangan terbang ini adalah ketahanan (resilience) kerajaan untuk fokus keluar daripada keselesaan sedia ada dengan melakukan perubahan struktur yang sebenar, berbanding berkhayal dengan permainan sentimen perkauman yang ditokok tambah oleh pembangkang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page