top of page

Lantikan Lembaga Pengarah GLC, GILC berasaskan kelayakan - PM



Oleh: Akmal Manaf


Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat berdasarkan kelayakan.


Hal itu ditegaskan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menegaskan, syarat dan keutamaan pelantikan ahli lembaga pengarah GLIC dan GLC diberikan kepada golongan profesional, namun pada masa sama tidak mendiskriminasi orang politik.


Jelasnya, pelantikan berkenaan akan melalui proses termasuk semakan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


''Proses semakan itu adalah untuk memastikan rekod mereka bersih dan dapat dipertahankan.


''Yang dilantik itu adalah profesional. Apakah mereka itu pernah pegang jawatan politik? Itu bukan persoalannya.


''Siapa yang layak, kita tidak diskriminasi orang politik atau pun bukan, tetapi syarat itu dan keutamaannya adalah sebahagian besar golongan profesional,'' katanya.


Beliau menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang mencadangkan ahli lembaga pengarah GLC dan GLIC dipilih daripada golongan profesional dari sektor swasta yang berintegriti dan tidak mengamalkan lantikan dalam kalangan ahli politik atau pegawai kerajaan yang masih bertugas ataupun sudah bersara.


Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, beberapa bidang dalam institusi kewangan dan beberapa agensi yang terikat dengan kewangan tidak diizinkan untuk ahli-ahli politik berada dalam ahli lembaga.


''Itu memang ketegasan kita dan kita mendukung prinsip yang ditekankan oleh BNM.


''Jadi apakah mungkin kita pertingkatkan dan perbaiki soal penilaian dan prestasi, itu insya-Allah kita terus lakukannya.


''Ini kerana, apabila ada pemantauan yang keras, mereka (dalam ahli lembaga) itu tidak mudah bertentangan dengan prinsip yang ditegaskan.


''Mulai tahun hadapan, Ketua Audit Negara akan masuk dan ini akan memberi satu peringatan bahawa tidak harus berlaku sebarang kecurangan dalam agensi berkenaan,'' tegas beliau lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page