top of page

Lantik semula Tuai Rumah, hormati keputusan rakyat - Abun Sui



Oleh: Abdullah Zaid


Senator Abun Sui Anyit menggesa kerajaan Sarawak melantik semula Tuai Rumah (ketua kampung) yang dipilih oleh majoriti masyarakat tempatan.


Menerusi satu kenyataan, Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu menyokong gesaan ADUN Tamin, Christopher Gira Sambang yang mahu kuasa melantik Tuai Rumah terletak pada penduduk sendiri dan bukannya wakil rakyat.


"Saya sangat mengalu-alukan pendapat wakil rakyat DUN Tamin, Christopher Gira berkenaan wakil rakyat tiada kuasa melantik Tuai Rumah atau Ketua Kampung.


"Kalau benar apa yang disebut, Kerajaan Sarawak perlu menghormati pandangan sebegini dan jadikan sebagai polisi.


"Hormati pilihan majoriti penduduk Kampung atau Rumah Panjang yang telah membuat pemilihan dan Kerajaan Sarawak terus beri elaun dan sijil seperti yang sepatutnya tanpa membangkitkan persoalan tentang pilihan penduduk rumah panjang," katanya dalam kenyataan.

Rakyat mahu Tuai rumah dilantik kerjaan negeri

Jelas kenyataan itu lagi, Kerajaan Sarawak perlu menghormati keputusan penduduk memandangkan tiada keperluan wakil rakyat terlibat dalam Panel Pelantikan Ketua Kaum seperti sekarang.


"Malah lebih tepat lagi jika Panel Pelantikan ini dimansuhkan sahaja supaya kos pentadbiran berkaitan dapat dijimatkan dan disalurkan bagi menumpukan kepada perkara pembangunan infrastruktur asas di kampung-kampung," ujarnya.


Justeru, beliau menggesa proses Tuai Rumah dijadikan polisi kerajaan sekali gus membuktikan Kerajaan Sarawak menghormati keputusan rakyat memilih Ketua Kampung sendiri dan bukan sebaliknya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page