top of page

Lanskap pengangkutan awam negara akan ditambahbaik - Rafizi



Kementerian Ekonomi komited untuk mentransformasi landskap pengangkutan awam di Malaysia, tegas menterinya Rafizi Ramli.


Oleh itu, kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dengan memberi penekanan khusus di Lembah Klang.


"Bagi mencapai sasaran ini, Kementerian Ekonomi bersama MOT telah menjalankan satu bengkel strategik pada 17 Mei lalu bagi mengenal pasti pelaburan utama yang diperlukan untuk meningkatkan dan memperluaskan rangkaian pengangkutan awam.


"Sejajar dengan itu sebuah pelan komprehensif sedang dibangunkan merangkumi strategi pelaburan dan pelan pelaksanaan yang menyeluruh.


"Pelan ini telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 1 Julai lalu," katanya dipetik pada sidang akhbar di Putrajaya pada Rabu.


Berdasarkan Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030, kerajaan mensasarkan untuk mencapai 40% penggunaan pengangkutan awam menjelang 2030.


Rafizi sementara itu berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan peningkatan tiga aspek utama dalam pengangkutan awam iaitu perkhidmatan bas, rangkaian rel, dan ketersambungan ‘first and last mile’ yang bersepadu.


Bagi perkhidmatan bas, usaha tersebut akan meliputi pengembangan ketersambungan dan liputan, peningkatan ketersediaan dan konsistensi serta memperkenalkan lorong khas bas bersama sistem Kuala Lumpur Autonomous Rail Transit (KL ART) dan Bus Rapid Transit (BRT).

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page