top of page

‘Lanjutan masa projek LRA bukti kerajaan Kedah gagal’ - Zamri



Oleh: Abdullah Zaid


Maklum balas Exco Kerajaan Negeri Kedah berkenaan kelewatan projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau dan LRA Bukit Selambau pada sesi sidang DUN sebagai sesuatu yang ‘biasa’ tidak boleh diterima sama sekali.


Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Zamri Yusof, kelewatan projek itu sehingga diberi EOT atau tempoh masa tambahan merupakan bukti Kerajaan Negeri gagal mengambil tanggungjawab penuh menyiapkan projek yang sepatutnya telah beroperasi sejak 2023.


Malah, katanya, jawapan diberikan Exco Mohamad Yusoff@Munir Zakaria berkenaan tahap kemajuan pembinaan dua projek LRA berkenaan yang masih terkebelakang dari jadual juga amat mengecewakan.


"Sama ada sedar atau tidak, kelewatan projek itu bukan biasa-biasa. Sejak tahun 2021 projek bermula dan sepatutnya siap 2023 tetapi sekarang baru capai tidak sampai 30% dan menjangkakan ia siap pada 2026.


"Apakah dia tahu bahawa lambatnya projek dan kontraktor berhak mendapat lanjutan masa itu bermakna kelemahan itu (adalah) di bahu pihak Kerajaan Negeri yang gagal mengurus, koordinat, sehinggakan perjalanan projek terganggu," katanya ketika dihubungi.


Kelmarin menerusi soalan lisan di dewan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Adam Loh meminta penjelasan daripada Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran serta Tenaga Negeri mengenai perkembangan dua LRA yang sepatutnya siap sejak 2023.


Bagaimanapun, Exco memberi jawapan dua projek berkenaan akan siap sepenuhnya pada tahun 2026 selain berkata kelewatan projek naik taraf bukanlah sesuatu yang luar biasa ekoran pembinaan projek loji kumbahan di Alor Setar juga mengalami nasib yang sama.


Jelas Zamri, wakil Kerajaan Negeri itu sepatutnya sedar bahawa EOT yang diberikan bermakna pihak kontraktor dan Kerajaan Negeri lembab menyiapkan projek itu.


"Lanjutan masa bermaksud Kerajaan Negeri lembab dan dipersalahkan, maka lanjutan masa diberikan kepada kontraktor kerana kelemahan Kerajaan Negeri.


"Sebagai Exco yang bertanggungjawab sepatut dia kena faham dan kita lihat sikap mengambil mudah ini melambangkan kerajaan Pas tidak mampu melaksanakan infrastruktur dengan baik walaupun permulaan (projek) kita (kerajaan Pakatan Harapan) mulakan pada 2019 dan 2020," ujarnya yang juga bekas Exco Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page