top of page

Langkah segera diambil rancakkan pelancongan di Langkawi



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah segera bakal diambil bagi memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan serta memastikan pemeliharaan biodiversiti di Pulau Langkawi, Kedah.


Perdana Menteri menerusi hantaran ringkas di Facebook berkata beliau akan menyegerakan beberapa projek termasuk cabang universiti yang akan memberi manfaat kepada rakyat di pulau itu.


"Insya-Allah, langkah segera akan diambil bagi memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan sementara terus menjaga biodiversiti di Langkawi.


"Saya juga akan menyegerakan beberapa projek termasuk cabang universiti yang akan memberi manfaat kepada rakyat di pulau ini," katanya.


Terdahulu beliau mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid yang turut disertai Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah Langkawi, menurut hantaran itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page