top of page

Langkah kerajaan tangani isu gaji, Perkeso wartawan dialu-alukan



Inisiatif Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berinteraksi secara langsung dengan pengamal media yang menghadapi masalah kelewatan pembayaran gaji dan ketidakpatuhan melunaskan caruman pekerja bersama pihak majikan merupakan tindakan yang amat dialu-alukan bagi menjamin kelangsungan industri media di negara ini.


Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata melalui dialog terbuka, kerajaan telah menunjukkan komitmen yang kukuh untuk memastikan majikan menunaikan tanggungjawab mereka serta memastikan pekerja media menerima hak dan perlindungan yang sewajarnya.


"Komitmen Fahmi untuk mengadakan sesi libat urus secara berkala mencerminkan pendekatan proaktif dalam melindungi pengamal media daripada layanan tidak adil serta mengukuhkan daya tahan industri ini


"... ia adalah langkah yang amat dipuji dalam menangani isu mendesak seperti kelewatan gaji, kehilangan pekerjaan dan kebajikan keseluruhan para pekerja media," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata pendedahan baru-baru ini mengenai pekerja Petra News yang tidak menerima gaji serta caruman statutori mereka adalah sesuatu yang amat membimbangkan.


"Tiada pekerja yang sepatutnya menghadapi pengabaian sebegini, lebih-lebih lagi mereka yang berkhidmat untuk masyarakat dengan menyampaikan maklumat.


"Keadaan ini menyerlahkan masalah yang semakin ketara dalam industri, di mana sesetengah majikan gagal memenuhi tanggungjawab mereka, sekali gus menjadikan pengamal media terdedah kepada risiko," ujarnya.


Semalam Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.


Dalam perbincangan tertutup lebih sejam di Bangunan Parlimen yang dihadiri kira-kira 30 petugas media itu, beberapa isu seperti kelewatan melunaskan gaji, kegagalan membayar pampasan, kehilangan pekerjaan dan ketidakpatuhan terhadap manfaat pekerja dibangkitkan.


Baru-baru ini, laporan media menyebut seramai 15 petugas Petra News Sdn Bhd menuntut pembayaran segera caruman KWSP, Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi tahun lepas.


Semakan dengan KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Perkeso mendapati Petra News gagal menyerahkan bayaran bagi pihak pekerja dan majikan kepada pihak berkuasa berkaitan, walaupun pemotongan gaji telah dibuat untuk caruman berkenaan.


Yuneswaran berkata sokongan kerajaan melalui inisiatif seperti Tabung Kasih @ Hawana turut memperlihatkan kesungguhan dalam membantu pekerja media yang terjejas.


Dalam pada itu beliau berkata cabaran turut dihadapi organisasi berita berbahasa Tamil dan Cina.


"Jika kita imbas kembali, Tamil Nesan, akhbar Tamil tertua di Asia Tenggara, terpaksa ditutup pada tahun 2019 setelah beroperasi selama 96 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 1924. Kerugian berterusan selama 10 tahun disebut sebagai punca utama penutupannya.


"Oleh itu, seperti Tamil Nesan, perjuangan yang dihadapi oleh media vernakular, termasuk kekangan kewangan dan perubahan pola pembacaan, perlu diberi perhatian yang sama," katanya lagi.


Jelas beliau, pihaknya turut berharap sesi libat urus yang serupa dengan wakil organisasi berita Tamil dan Cina turut diadakan bagi memahami cabaran khusus yang mereka hadapi.


"Memastikan keterangkuman semua sektor media adalah penting dalam memperkukuh landskap media pelbagai budaya di Malaysia.


"Dengan mengambil isu ini secara serius dan berusaha ke arah penyelesaian jangka panjang, saya percaya inisiatif Fahmi menetapkan satu duluan yang menggalakkan dalam melindungi kebebasan media, menjaga hak pekerja, dan memastikan kelangsungan kewartawanan di Malaysia," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page