top of page

Langkah intervensi hadapi situasi cuaca kering telah diputuskan - Nik Nazmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 8
  • 1 min read


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meramalkan keadaan cuaca panas ketika ini tidak seteruk dialami negara pada tahun lalu.


Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, negara kini berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan bulan ini dan pengaruh La Nina berada dalam keadaan lemah sehingga menyebabkan cuaca sedikit lembab.


"Dalam tempoh ini, taburan hujan akan berkurangan di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan Utara Semenanjung Malaysia yang boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding biasa," katanya dalam kenyataan.


Sementara itu jelasnya, negara dijangka berdepan dengan Monsun Barat Daya yang membawa cuaca yang panas dan kering sekitar bulan Mei hingga September tahun ini.


Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, akan berlaku pengurangan hujan antara 20 hingga 40 peratus berbanding keadaan biasa di Utara, Pantai Barat dan Timur Sabah pada bulan ini dan di Barat Sarawak pada bulan depan.


"Negara dijangka menerima taburan hujan pada paras normal pada Julai dan Ogos 2025," tambah beliau.


Dalam pada itu jelas Nik Nazmi, kerajaan telah memutuskan beberapa langkah intervensi dalam menghadapi situasi cuaca panas dan kering seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan (JIJCKK) Bil. 1 Tahun 2025 yang diadakan pada Rabu lepas di Kuala Lumpur.


Melalui mesyuarat itu perkara yang telah dipersetujui antaranya kementerian, jabatan, agensi dan kerajaan negeri perlu mempertingkatkan langkah pencegahan dan melaksanakan pemantauan secara berterusan di bawah bidang kuasa dan fungsi masing-masing bagi mengekang pembakaran terbuka, jerebu dan kejadian kebakaran berulang.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page