top of page

Laluan khas di lapangan terbang untuk jemaah ibadah Hindu dihargai - Dr Gunaraj



Kaunter dan laluan khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk jemaah agama Hindu mengerjakan ibadah Ayyappanswamy ke Sabri Malai di India amat dihargai.


Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George berkata kemudahan yang dipohon sejak seminggu lalu itu dan dibenarkan pada semalam oleh Kerajaan Madani amat memudahkan para jemaah mengerjakan ziarah dalam keadaan berpuasa.


"Berkat kerjasama erat dari semua pihak, perjalanan ziarah tahun ini berjalan dengan lancar dan aman.


"Fasilitas yang disediakan, kemudahan imigrasi serta bantuan dari syarikat penerbangan sangat membantu jemaah dalam menjalankan ibadah dengan kusyuk.


"Saya sangat mengapresiasi komitmen kerajaan di dalam mendukung kegiatan keagamaan dan budaya masyarakat.


"Dukungan ini tidak hanya memudahkan perjalanan jemaah Ayyappanswamy tetapi juga menunjukkan keprihatinan Kerajaan Madani terhadap kesejahteraan semua lapisan masyarakat khususnya masyarakat India," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Dr Gunaraj yang juga Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Datuk Menteri Besar Selangor, ketekunan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat sangat memberansangkan, yang mana beliau telah mengutarakan keperluan laluan khas tersebut pada 26 Disember lalu dan dalam masa empat hari urusan penerbangan serta kemudahan logistik telah pun dipersiapkan untuk para jemaah terbabit.


"Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Madani dalam menjaga kesejahteraan serta keharmonian masyarakat di negara ini setiap masa


"Marilah kita bersama mendukung dan mengukuhkan visi Malaysia Madani Perdana Menteri agar negara ini menjadi inspirasi kepada dunia dari segi toleransi agama serta kemakmuran masyarakat berbilang bangsa dan agama," katanya.


Dalam kenyataan sama, Dr Gunaraj berterima kasih kepada PM Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan, Jabatan Imigresen, Batik Air, Malaysia Airlines, Air Asia, dan Malaysia Airports Holding Berhad di atas segala kemudahan yang disediakan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page