top of page

Laksanakan program pemutihan rumah ibadat segera - AMK

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 29
  • 1 min read


Isu pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran perlu ditangai segera demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia.


Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Nanthakumar Poapalan berkata, kerajaan perlu melakukan program pemutihan terhadap rumah-rumah ibadat bagi mengelakkan kontroversi seperti yang terjadi kepada tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berulang.


"Selain mencegah pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran, langkah sebegini juga akan memastikan setiap rumah ibadat beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.


"Program pemutihan sebegini juga harus memastikan setiap rumah ibadat, sama ada masjid, gereja, kuil, atau mana-mana rumah ibadat yang lain berdaftar secara sah dengan pihak berkuasa tempatan.


"Langkah ini akan membantu untuk mengenal pasti dengan mudah, sekiranya mana-mana rumah ibadat masih beroperasi tanpa kelulusan yang sah," katanya dalam kenyataan.

Nanthakumar Poapalan
Nanthakumar Poapalan

Menurut beliau yang juga Ketua Biro Perpaduan Nasional AMK, meskipun kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia merupakan asas kepada pembinaan negara selama ini namun sebarang aktiviti keagamaan yang tidak dikawal atau tidak diurus dengan baik berisiko tinggi untuk menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk.


Pelaksanaan program pemutihan, kata beliau, sudah tentu akan meminimakan sebarang salah faham yang serius antara penganut-penganut agama dalam negara ini dan seterusnya akan membantu memelihara keamanan serta keharmonian antara masyarakat.


"Selain itu, proses pemutihan ini perlu dijalankan secara menyeluruh dan teratur. Jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat harus menunjukkan komitmen yang cukup jitu supaya kesemua rumah ibadat dapat manfaat hasil daripada program ini. Segala syarat bagi proses pemutihan harus dipatuhi tanpa sebarang kompromi," katanya lagi.


Nanthakumar berharap kesepakatan semua pihak termasuk pihak kerajaan, pengurusan rumah-rumah ibadat dan masyarakat Malaysia dapat diwujudkan supaya program yang dicadangkan tersebut mencapai objektifnya.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page