top of page

Laksana program sesuai tarik minat pengundi sokong KEADILAN - Shamsul



KEADILAN di peringkat cabang digesa memikirkan kaedah untuk memastikan program yang dibuat dalam kalangan masyarakat setempat mampu menarik minat mereka untuk menyokong parti dalam pilihanraya.


Hal itu dinyatakan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Tanjung Karang, Selangor hari ini.


Menurut Shamsul program yang dilakukan sekadar memenuhkan jadual tidak bermakna, kerana tidak akan berjaya menarik golongan atas pagar atau yang tidak sependapat menyokong KEADILAN dan Kerajaan Perpaduan.


"Saya fikir KEADILAN Tanjung Karang sewajarnya memikirkan langkah bersifat jangka pendek dan panjang tentang apa yang boleh dibuat di kawasan ini


"Bila buat program, perlu ada dalam pemikiran kita bahawa program itu mesti mampu memikat dan meyakinkan hati pengundi dalam kawasan Tanjung Karang untuk memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, apatah lagi KEADILAN.


"Kita buat program bukan sekadar buat, tetapi dengan tujuan meyakinkan pengundi. Mereka yang dulu di atas pagar, meyakinkan mereka yang dulu tidak setuju dengan kita, tetapi sekarang kita berada dalam kerajaan untuk mengajak mereka buat perubahan dan kembali kepada kita


"Kita tahu pendekatan kempen di Tanjung Karang berbeza dengan kawasan bandar misalnya. Pendekatan dan sentimen lain," katanya.


Tegas Shamsul, sudah tiba masanya Parti Keadilan Rakyat merampas kerusi parlimen Tanjung Karang setelah lebih tiga penggal memerintah Selangor.


Beliau dalam pada itu memuji Ketua Cabang Tanjung Karang, Yahya Sahri yang merupakan seorang tokoh awal reformasi dan mempunyai amat banyak pengalaman politik serta mampu menggerakkan berpuluh program parti di peringkat cabang dalam setahun.


"Pengalaman ini mengajar kita, memberikan hasil lebih baik di parlimen Tanjung Karang.


"Selepas MATC ini, minta Pak Ya susun segera 100 komando dan kita masuk mereka dalam kem latihan. Beri pengarahan dan bila mereka keluar nanti mereka boleh buat program sasaran strategik untuk menarik pengundi.


"Saya yakin dengan kerja tersusun ini, tidak ada sebab mengapa pengundi tidak sokong kita," katanya lagi.


Shamsul berharap Cabang Tanjung Karang segera membuat profail pengundi dan menentukan strategi sesuai di kawasan yang pernah dikatakan seorang pengkaji di universiti tempatan sebagai 3P, iaitu berlatar belakangkan pengeluar Padi, sekolah Pondok dan kawasan Pedalaman.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page