top of page

Lagu kebangsaan dialek Cina: Ratu Naga perlu mohon maaf secara rasmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 23 hours ago
  • 1 min read


Pempengaruh pro pembangkang yang mengelar diri Ratu Naga sewajarnya memohon maaf secara rasmi di atas ketelanjuran beliau memuat naik video memberi ulasan kononnya lagu kebangsaan dinyanyikan 'dalam bahasa Cina' di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Perak, baru baru ini.


Menurut pimpinan KEADILAN Batu, Rozan Azen Mat Rasip (gambar), komen pempengaruh itu dalam rakaman video durasi 3 minit 40 saat mendakwa sekolah Cina berkenaan telah menukar lirik dan menyanyikan lagu kebangsaan 'Negaraku' dalam dialek Cina adalah tidak tepat malah mengguris hati pelbagai kaum di negara ini.


"Jelas dakwaan ini merupakan tuduhan yang tidak berasas jika diteliti dengan betul video itu. Diketahui bahawa lagu dan lirik yang dinyanyikan oleh para pelajar sekolah berkenaan adalah dalam Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan, dan adalah lagu dan lirik negeri Perak iaitu 'ALLAH LANJUTKAN USIA SULTAN'," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Rozan, sekolah Cina itu tidak melakukan sebarang kesalahan seperti didakwa Ratu Naga.


Sebaliknya, kata beliau, pempengaruh itulah yang perlu memohon maaf secara rasmi terutama kepada kaum Tionghua.


"Ratu Naga perlu memohon maaf secara terbuka atas video itu yang menggelirukan kepada semua penonton pengguna media sosial, para pelajar, juga para guru dan pentadbiran sekolah tersebut.


"Ini termasuklah mohon maaf kepada semua kaum Tionghua atas video beliau itu yang boleh dinilai condong membuat provokasi perkauman tanpa asas.


"Diharapkan kesalahan besar dan mudarat ini menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia agar lebih cakna pada sejarah dan fakta budaya, termasuklah lagu-lagu rasmi negeri dalam negara Malaysia tercinta ini," kata Rozan lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page