top of page

Ladang anggur di Gurun, tarikan pelancong terbaharu di Kedah



Ladang anggur milik UNIQ Fruits Farm yang terletak di Kampung Baru, Padang Lembu, Gurun merupakan tarikan terbaharu pelancongan di kawasan itu.


Menurut Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari (gambar, tengah), tanaman anggur yang tidak biasa diusahakan oleh rakyat Malaysia ternyata boleh hidup subur di ladang yang dimiliki oleh seorang anak tempatan, Tan Soon Huat.


"Terasa begitu teruja bila melihat anggur segar terus dari ladang pada hari ini.


"Buah anggur segar yang terdapat di sini bukan sahaja dipasarkan di pasaran tempatan tetapi turut menembusi pasaran antarabangsa," katanya ketika melawat ladang anggur berkenaan kelmarin.


Firdaus dalam pada itu turut kagum melihat pengunjung yang tidak putus putus mengunjungi ladang berkenaan, termasuk beberapa bas pelajar sekolah yang berpotensi menjadi tarikan baharu industri pelancongan di Kedah.


"Ramai pengunjung yang tiba di sini mengadakan lawatan bersama keluarga, selain rombongan dari kalangan pelajar-pelajar sekolah dari dalam dan luar Kedah," katanya lagi.


Beliau berharap ladang tersebut akan menjadi tarikan pelancong mengunjungi Gurun pada masa hadapan.

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page