top of page

KWSP: Ahli Parlimen Machang cuba kelirukan rakyat, bermain politik



Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat cuba bermain politik bagi mengelirukan rakyat tentang pengumuman dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.3% bagi skim konvesional dan syariah awal bulan ini.


Wan Ahmad Fayhsal mempertikaikan bahawa jumlah bayaran dividen sebanyak RM73.24 bilion hampir keseluruhan daripada pendapatan pelaburan KWSP sebanyak RM74.46 bilion untuk tahun 2024, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Taufiq Johari.


"Saya membaca dengan penuh rasa 'terhibur' tentang cubaan tidak munasabah Ahli Parlimen Machang dari Bersatu untuk meremehkan pengumuman dividen KWSP.


"Beliau sepatutnya membuat kajian kerana prinsip yang sama telah digunakan ketika era PN, cuma dengan kadar dividen yang lebih rendah.


"Sebagai contoh, pada tahun 2022, pendapatan pelaburan KWSP adalah RM55 bilion dan sebanyak RM51 bilion telah dibayar sebagai dividen.


"Jadi, apakah perbezaannya dari segi prinsip?" kata Taufiq dalam kenyataannya hari ini.


Taufiq berkata pengumuman dividen KWSP bagi 2024 pada kadar 6.3% adalah berita baik untuk seluruh negara malah ia adalah kadar tertinggi sejak 2017 yang wajar diraikan.


Kata beliau perbezaan utama adalah pada jumlahnya kerana pada 2022, KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.35% untuk simpanan konvensional dan 4.75% untuk syariah.


"Daripada menuding jari, ahli yang dihormati dari Machang itu sepatutnya melihat dirinya sendiri terlebih dahulu," bidas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah itu.


Jelas beliau, Wan Fayhsal dan rakan-rakan partinya enggan mengakui bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menguruskan ekonomi dengan lebih baik.


"Perkara ini bukan sahaja terbukti melalui dividen KWSP, tetapi juga dalam pertumbuhan KDNK dan pelaburan langsung asing (FDI) yang mencatatkan jumlah tertinggi, jauh mengatasi angka lemah semasa kerajaan yang diterajui Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob – yang mana Mat Jargon sendiri adalah sebahagian daripadanya," ujarnya.

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page