top of page

KUSKOP tawar moratorium, bantuan besar-besaran bantu mangsa banjir



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menawarkan moratorium pembayaran balik pinjaman kepada usahawan terjejas banjir.


Kementerian itu menerusi satu kenyataan pada Selasa berkata, moratorium bagi tempoh tiga hingga enam bulan itu bagi meringankan beban ditanggung mereka sejajar dengan prinsip kerajaan.


"KUSKOP dimaklumkan terdapat usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tidak dapat mencari rezeki akibat bencana dan koperasi mengalami kerugian akibat kerosakan premis, peralatan dan stok barangan perniagaan.

"Dalam tempoh moratorium, mereka mempunyai masa untuk memberi fokus kepada usaha-usaha pemulihan tanpa memikirkan tekanan kewangan daripada pinjaman yang perlu dibayar," kata kenyataan itu.


Sementara itu kementerian itu menjelaskan, pihaknya telah menggerakkan misi bantuan awal melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional di beberapa lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


"TEKUN telah melaksanakan aktiviti penyediaan makanan kepada 1,500 orang mangsa-mangsa banjir iaitu di tiga buah PPS di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.


"Di Kedah, penduduk kampung yang terputus bekalan air bersih turut diberi bantuan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui Koperasi Melayu Pulau Pinang Berhad yang telah melaksanakan bantuan khidmat masyarakat," katanya.


Dalam pada itu KUSKOP memaklumkan pihak kementerian telah merangka pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara besar-besaran selepas banjir pulih dengan pelbagai inisiatif bantuan dan program pembersihan pasca banjir yang akan dilaksanakan oleh Skuad Ihsan MADANI KUSKOP.


Manakala usahawan terjejas boleh menghubungi pejabat cawangan agensi-agensi KUSKOP berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan inisiatif-inisiatif banjir yang ditawarkan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page