top of page

KUSKOP salur pembiayaan lebih RM1 bilion bantu PMKS Sarawak



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan sejumlah RM1.084 bilion kepada perusahaan, mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi di Sarawak sepanjang tahun 2024.


Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, peruntukan itu memberi manfaat kepada 42,689 usahawan PMKS di negeri itu berbanding RM731.205 juta disalurkan kepada 42,006 usahawan pada 2023.


"Ia disalurkan melalui tujuh agensi di bawah KUSKOP iaitu Bank Rakyat, SME Bank, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), SME Corp. Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis peluncuran Program Digital Desa Bank Rakyat 2025 di Gedong, Sarawak yang disempurnakan Premier Sarawak, Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari pada Selasa.


Program Digital Desa Bank Rakyat adalah inisiatif Bank Rakyat membawa perkhidmatan perbankan digital dan perkhidmatan digital lain kepada rakyat di luar bandar


Sementara itu Ewon memaklumkan, antara geran pembiayaan disediakan untuk usahawan PMKS di negeri itu adalah geran khas usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak, Premis Tamu Desa dan Program Digital Desa Bank Rakyat.


"Di bawah geran khas usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang diperkenalkan buat pertama kali oleh KUSKOP, sebanyak 50 usahawan Sarawak menerima geran melibatkan peruntukan RM4.91 juta.


"Buat pertama kalinya juga pada tahun lalu KUSKOP melaksanakan projek premis Tamu Desa khusus untuk Sabah dan Sarawak.


"Setakat ini 39 tapak membabitkan peruntukan RM7.6 juta dibina dan dinaik taraf di Sarawak," jelasnya.


Sehubungan itu beliau menyatakan keyakinan bahawa kerancakan pembangunan ekonomi di Sarawak, jumlah pembiayaan akan meningkat tahun ini.


"Saya amat yakin kita boleh menambah lagi pembiayaan diperlukan usahawan PMKS dan koperasi di Sarawak di bawah inisiatif Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara kita.


"Dasar ini membolehkan kementerian kita memberi fokus tambahan kepada pembangunan usahawan dan koperasi di Sarawak dan Sabah," tambahnya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page