top of page

KUSKOP salur lebih RM1 juta untuk operator JMK



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah memperuntukkan insentif harga berjumlah RM1,044,000 kepada koperasi yang dilantik sebagai operator program Jualan MADANI Koperasi (JMK) kepada pengguna.


Timbalan Menterinya, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, peruntukan itu disalurkan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


Sepanjang tempoh Januari hingga 7 Jun lalu, sebanyak 36 program JMK telah diadakan di 19 kawasan Parlimen di seluruh negara dan memberi manfaat kepada 90,535 pengguna termasuk anggota koperasi dan masyarakat setempat.


"Program ini juga telah mencatat jumlah jualan sebanyak RM3.6 juta melalui 95 koperasi yang dilantik sebagai operasi jualan," katanya dipetik.


Ramanan berkata begitu pada sidang media selepas mengadakan sesi jelajah mesra program JMK anjuran SKM sempena sambutan Aidiladha dihadiri Pengerusi Eksekutif SKM Rusli Jaafar di Kota Damansara pada Ahad.


Pada majlis tersebut, Ramanan turut menyampaikan sumbangan Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi (TBKK) kepada koperasi yang terjejas akibat bencana alam.


Bantuan berkenaan meliputi sebahagian kos pembaikan kerosakan premis, aset atau produk koperasi.


"Sehingga kini, sebanyak 11 permohonan telah diluluskan di bawah TBKK yang melibatkan peruntukan berjumlah RM197,000 untuk seluruh Malaysia," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page