top of page

KUSKOP lulus RM85.9 juta untuk modal projek skala besar



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan RM85.9 juta sebagai pembiayaan kepada koperasi yang menjalankan produk berskala besar setakat April tahun ini.


Timbalan Menterinya, Datuk R Ramanan berkata pembiayaan itu diluluskan melalui Tabung Modal Pusingan (TMP) yang bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksana projek yang berdaya maju.


"Bagi menggalakkan perkembangan koperasi, KUSKOP melalui SKM menawarkan pembiayaan menerusi Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan amaun maksima pembiayaan sebanyak RM30 juta secara bercagar serta pembiayaan tanpa cagaran adalah sebanyak RM200,000.

"Inisiatif ini diwujudkan bagi membantu dan memudahkan koperasi untuk melaksanakan projek berdaya maju," katanya dipetik.

Ramanan ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Taman Nesa Delima di Rembau pada Sabtu.


Sementara itu jelasnya, terdapat 16,000 koperasi berdaftar di seluruh negara dengan jumlah keanggotaan lebih tujuh juta orang, setakat 31 Mei lalui.


Justeru KUSKOP memberi jaminan untuk membantu memudahkan koperasi dan pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page