top of page

KUSKOP laksana program pembangunan khas pendidikan di Sabah



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan melaksanakan program pembangunan khas pendidikan di Sabah, bermula tahun ini.


Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, program Ehsan@KUSKOP itu adalah program pembangunan pendidikan bertujuan menoktahkan kemiskinan melalui pendidikan dan akan dilaksana melalui Yayasan Bank Rakyat (YBR).


YBR jelasnya telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM3 juta setahun untuk inisiatif bertujuan meningkatkan mutu pendidikan dalam kalangan pelajar kurang bernasib baik bermula tahun ini.

"Melalui peruntukan daripada YBR, kita akan membiayai kos pengangkutan para pelajar yang tersenarai dalam e-Kasih supaya tiada lagi alasan ibu bapa tidak menyekolahkan anak mereka.


"Selain itu, kita juga akan memberikan bantuan awal pengajian, bantuan awal persekolahan, tuisyen dan bantuan-bantuan lain yang diperlukan oleh pelajar berkenaan.


"Sebagai pilot projek, kementerian memilih tiga daerah yang dikategorikan mempunyai daftar kemiskinan tegar yang tinggi iaitu Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya menyempurnakan Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2025 UPKO Melalap, di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, di Tenom pada Sabtu.


Ewon sementara itu berkata, melalui Program Ehsan@KUSKOP, kementerian melalui agensi-agensinya juga akan membantu membangunkan ahli-ahli keluarga yang produktif menjadi usahawan kecil.


"Kita akan menggerakkan semua agensi kementerian kita untuk membantu membangunkan mereka yang tersenarai dalam e-Kasih menjadi usahawan supaya suatu hari nanti, mereka bukan sahaja terkeluar daripada belenggu kemiskinan tetapi akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page