top of page

Kursus Terapi Sukan akan diperluas ke semua institut latihan sukan



Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merancang memperluaskan kursus Terapi Sukan ke semua Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dengan pelaksanaan kursus jangka pendek pada tahun hadapan.


Timbalan Menteri, Adam Adli Abdul Halim berkata, kursus baharu berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan itu akan mula ditawarkan di ILKBS setelah mendapat pentauliahan daripada badan pensijilan yang berkaitan.


''Kursus baharu itu adalah seperti pembinaan dan penyelenggaraan fasiliti sukan, permotoran sukan empat dan dua roda, serta fotografi sukan.


''Beberapa sesi libat urus bersama dengan wakil industri dan pemegang taruh sektor industri sukan juga akan terus diadakan.


''Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pandangan yang berkaitan dengan kemahiran TVET sukan serta keperluan sumber tenaga mahir dan peluang pekerjaan dalam sektor industri sukan yang berkenaan,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) yang ingin tahu perancangan kementerian untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada belia dalam kemahiran pengurusan sukan atau TVET sukan di institusi-institusi kemahiran belia seliaan KBS.


Dalam pada itu, Adam turut memaklumkan mengenai kadar kebolehpasaran graduan di bawah ILKBS.


Katanya, kadar kebolehpasaran bagi Terapi Sukan untuk tiga tahun terkini adalah sebanyak 84.83% bagi 2021, 96.77% (2022) dan 2023 sebanyak 94.62%.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page