top of page

Kurikulum lebih dinamik hadapi era perubahan teknologi masa depan



Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan pendekatan baharu dalam kerangka kurikulum persekolahan 2027, berpotensi melahirkan generasi yang mampu berkembang meskipun berada dalam dunia penuh cabaran.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya menyedari keperluan mempersiapkan murid menghadapi cabaran dunia khususnya 'Postnormal Times' yang mengakibatkan masa hadapan tidak menentu, sukar diramal dan penuh cabaran.


Bagi menghadapi keadaan sedemikian, ujarnya kurikulum perlu lebih dinamik, berorentasikan kemahiran dan berfokus kepada pembangunan diri.


''Sehubungan itu, Kurikulum Persekolahan 2027 dibangunkan dengan objektif melahirkan insan sejahtera yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing serta memiliki jati diri yang tinggi.


''Kurikulum 2027 yang berasaskan standard dan berorentasikan kompetensi menekankan tujuh aspek utama iaitu perkembangan diri, komunikasi, tanggungjawab, fasih digital, literasi pelbagai, kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Jelas Ahli Parlimen Nibong Tebal itu lagi, KPM turut mempersiapkan murid bagi menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) teknologi kecerdasan buatan (AI).


Persiapan itu katanya merangkumi pengenalan tentang pendidikan digital dan teknologi baharu dalam Kurikulum Persekolahan 2027.


''Kemahiran digital dan AI yang diperkenalkan, telah menjadi kemahiran sejagat yang akan membimbing murid untuk menggunakan kemahiran yang ada dengan bijak dan membolehkan mereka bersaing dalam ekonomi digital.


''Dengan pendekatan ini, KPM dapat memastikan murid bukan sahaja bersedia untuk masa depan yang tidak menentu, tetapi juga mampu berkembang dalam dunia yang penuh dengan peluang dan cabaran baharu sekali gus mengukuhkan lagi ekosistem pendidikan kalis masa hadapan,'' ujar beliau yang juga Ketua Wanita KEADILAN.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page