top of page

Kurangkan pergantungan buruh asing, utamakan pekerja tempatan, gaji kompetitif



Tenaga kerja tempatan perlu diberi keutamaan dalam setiap peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang lebih kompetitif dan syarat kerja yang adil.


Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr. Gunaraj George berkata, keutamaan tersebut penting bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada buruh asing, mengatasi masalah pengangguran dan meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan terbaru Kementerian Dalam Negeri untuk membenarkan pengusaha stesen minyak mengambil pekerja asing mengandalikan kafe dan kedai serbaneka.


"Keputusan ini mencerminkan keperluan industri yang sedang berkembang tetapi kita tidak boleh mengabaikan keutamaan untuk rakyat Malaysia.


"Gaji yang terlalu rendah tidak akan menarik minat pekerja tempatan, dan ini akan terus membuka ruang kepada kebergantungan terhadap pekerja asing sebagai pilihan yang lebih murah," katanya dalam kenyataan hari ini.


Namun, Dr Gunaraj memuji keputusan terbaharu dibuat KDN yang membenarkan pengambilan pekerja asing dalam sektor stesen minyak dibuat secara langsung oleh syarikat pengendali stesen tanpa melalui ejen.


"Langkah ini amat dialu-alukan kerana ia dapat menghapuskan eksploitasi oleh pihak orang tengah yang tidak bertanggungjawab yang menggelar diri mereka sebagai ejen pekerjaan.


"Pengambilan secara langsung memastikan ketelusan dan akauntabiliti, serta memastikan pekerja asing dilayan dengan adil," kata beliau.


Selain itu, Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional itu juga bersetuju dengan inisiatif kerajaan untuk menawarkan pekerjaan kepada banduan dengan kesalahan ringan sebagai sebahagian daripada usaha reintegrasi mereka ke dalam masyarakat.


Beliau menyifatkan usaha itu sebagai langkah terpuji tetapi menegaskan bahawa ianya perlu dilaksanakan dengan teliti.


"Memberikan peluang kedua kepada banduan adalah usaha murni, namun perlu ada proses penapisan dan pemantauan yang ketat untuk mengelakkan risiko serta mengekalkan keyakinan masyarakat," tambah Dr Gunaraj.


Apa pun beliau berharap kerajaan akan mengambil pendekatan yang seimbang dalam menangani kekurangan tenaga kerja dengan mengutamakan pekerja tempatan kerana peluang kerja kepada rakyat Malaysia adalah tanggungjawab utama kerajaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page