top of page

Kupang perairan Port Dickson sudah selamat dimakan - Menteri Besar



Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menasihati masyarakat untuk tidak lagi khuatir membeli dan memakan kupang dari perairan Port Dickson.


Bercakap kepada pemberita pada sidang media Pasca Mesyuarat Mingguan Exco Bulan Ogos Tahun 2024 di Seremban pada Rabu beliau menjelaskan, kajian telah dilakukan bagi tempoh yang panjang antara enam ke lapan bulan dan penurunan tahap biotoksin dalam sampel kupang sudah ke paras selamat.


"Larangan penuaian dan penjualan telah ditarik balik (kerana) menunjukkan kupang itu boleh dimakan. Kita harap sungai dan laut dijaga supaya tidak tercemar.


"Ini antara faktor yang beri kesan tempoh hari," katanya dipetik.


Sehubungan itu beliau menggalakkan penternak dan nelayan untuk meneruskan aktiviti penjualan kupang untuk meningkatkan pendapatan mereka.


Aminuddin pada April lalu menggesa orang ramai mengelak daripada memakan kupang atau kerang terutama dari perairan Port Dickson untuk sementara waktu.


Ia susulan sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia yang berbahaya.


Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup pada Sabtu lalu dilaporkan berkata, Jabatan Perikanan Malaysia menarik balik larangan penuaian dan penjualan kerang-kerangan termasuk kupang di perairan Port Dickson dan Melaka berikutan penurunan tahap biotoksin ke paras selamat.

Dalam perkembangan berasingan, Aminuddin berkata beliau meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pejabat daerah dan tanah menyelesaikan isu banjir melibatkan beberapa kawasan di Port Dickson termasuk menjalankan pembinaan anak sungai baharu bagi memastikan saliran perparitan berfungsi dengan baik.

"Kerja mendalamkan serta menaik taraf sungai perlu dilakukan segera bagi mengelakkan banjir dan kawasan tidak boleh dilalui kenderaan," katanya dalam sidang media sama.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page